Lancôme Skin Idôle 3 Serum Supertint: Serum atau Foundation?
Produk baharu dari Lancôme ini mencetuskan persoalan dalam kalangan penggemar kecantikan. Adakah ia serum dengan manfaat penjagaan kulit? Atau foundation dengan kemasan semula jadi? Lancôme Skin Idôle 3 Serum Supertint dilihat seperti gabungan kedua-duanya. Tetapi bagaimana pula prestasinya di kulit?
#1 Tekstur Ringan dengan Sentuhan Rawatan Kulit
Berbanding foundation biasa, tekstur Lancôme Skin Idôle ini sangat ringan. Ia tidak terasa tebal atau melekit pada kulit. Kandungan serum dalam produk ini membantu menambah kelembapan. Malah, ia diperkaya dengan 7% bahan aktif seperti niacinamide dan hyaluronic acid. Kulit rasa lebih lembap dan selesa sejurus selepas pemakaian. Walaupun menyerupai serum, ia masih memberi sedikit litupan untuk menutup cela ringan.
#2 Lancôme Skin Idôle Litupan Semula Jadi Sesuai Untuk Cuaca Panas
Ramai wanita Malaysia mencari produk yang ringan, tidak berat dan tidak menyumbat pori. Lancôme Skin Idôle ini memberikan kemasan semula jadi, tanpa rasa berminyak. Ia tidak menutupi kulit sepenuhnya, tetapi cukup untuk mencantikkan tona wajah. Sesuai digunakan untuk solekan harian. Malah, kulit masih boleh ‘bernafas’ walaupun memakai sepanjang hari. Sesuai juga untuk mereka yang tidak suka foundation yang terlalu matte atau tebal.
#3 Gabungan Skincare dan Solekan Dalam Satu Botol
Keistimewaan utama Lancôme Skin Idôle ini ialah fungsi dua dalam satu. Ia bukan sahaja menyerlahkan wajah, tetapi turut merawat kulit dari dalam. Ramai pengguna merasakan kulit mereka lebih sihat dan segar selepas beberapa minggu pemakaian. Ini menjadikan Supertint pilihan ideal bagi wanita moden yang mahukan sesuatu yang praktikal dan berkesan. Tidak perlu lagi lapisan produk yang banyak, cukup satu sapuan untuk rawatan dan solekan asas.
Lancôme Skin Idôle 3 Serum Supertint bukan sekadar serum, bukan juga sekadar foundation. Ia berada di antara dua dunia, menjawab keperluan wanita yang mahukan kecantikan dan penjagaan kulit dalam satu langkah. Jika anda mencari produk ringan, berkesan dan mesra cuaca Malaysia, Supertint ini mungkin patut berada dalam rutin harian anda.
ARTIKEL BERKAITAN: Lip Oil Atau Lip Gloss Pilihan Bibir Anda?