March 2026 - Glam Beauty Club
?>

Kalau ada satu rahsia untuk memastikan makeup nampak flawless sepanjang seharian beraya, ia sebenarnya bermula dengan asas yang betul. Sebelum foundation, sebelum blush, bahkan sebelum highlighter, kulit perlu ada base yang cantik terlebih dahulu.

Paling best, sekarang dah tak susah untuk dapatkan base sempurna, apa yang diperlukan hanyalah produk hero shu uemura unlimited block:booster charged up.

Kalau anda rasa fringe tebal ala blunt bangs terlalu “serious”, mungkin sudah tiba masanya untuk cuba sesuatu yang lebih ringan dan effortless. Wispy bangs kini kembali menjadi trend dan sebenarnya ia antara cara paling mudah untuk memberi perubahan pada penampilan tanpa perlu memotong rambut terlalu banyak.

Wispy bangs memberikan sentuhan youthful, manis dan sedikit playful, tetapi masih nampak chic dan modern.

Sebab itu, ramai selebriti dan beauty gurlies kini memilih gaya ini kerana ia memberi frame yang cantik pada wajah tanpa nampak terlalu berat.

Retinol selalu jadi perbualan hangat dalam dunia skincare, masih ramai yang takut nak guna sebab risau kulit jadi merah, kering atau flaky. Sebenarnya, retinol boleh jadi bestie kulit kalau digunakan dengan cara betul.

Kalau anda masih ragu untuk mencuba retinol, apa kata mulakan dengan langkah mudah di bawah. Cara ini membantu anda memperkenalkan retinol kepada kulit secara perlahan tanpa menjejaskan skin barrier.

Peminat skincare pasti tahu satu bahan yang selalu disebut bila bercakap tentang kulit cerah dan glowing, iaitu Vitamin C. Ia sudah lama jadi hero dalam dunia kecantikan. Jadi. bila Augustinus Bader memperkenalkan The Vitamin C Serum, I was excited to try it myself.

Serum ini bukan sekadar fokus pada efek cerah semata-mata. Ia direka untuk bantu kulit nampak lebih sekata, segar serta sihat dalam jangka masa panjang. Rahsianya terletak pada teknologi Advanced TFC8®, teknologi ikonik jenama ini yang membantu menghantar bahan aktif ke bahagian kulit yang benar benar memerlukannya. Senang cerita, kulit dapat manfaatnya dengan lebih efektif.

Apabila Lancôme memilih seorang duta global, ia bukan sekadar soal wajah yang cantik. Ia tentang karakter, cerita dan bagaimana seseorang itu membawa keyakinan dirinya. Kali ini, jenama kecantikan ikonik itu memperkenalkan Vanessa Kirby sebagai Global Ambassador terbaharu dan pilihan ini boleh dikatakan sangat selari dengan semangat Lancôme.

Vanessa bukan sekadar wajah cantik di layar. Dari Princess Margaret dalam The Crown ke lakonan penuh emosi dalam Pieces of a Woman, dia bawa setiap watak dengan intensity yang buat kita rasa ikut naik turun emosinya.

Dalam dunia kecantikan yang penuh dengan serum viral dan rawatan estetik canggih, kita selalu lupa satu benda paling basic iaitu kulit cantik sebenarnya bermula dari apa yang kita makan dan ia sebenarnya boleh dicapai melalui diet mudah yang konsisten.

Deretan superfood di bawah bukan sekadar trend sihat, tetapi rahsia sebenar untuk kulit glowing, tegang dan nampak muda secara semula jadi.