8 Lipgloss Jenama Lokal Terbaik Untuk Anda Bawa Bercuti - Glam Beauty Club
?>

8 Lipgloss Jenama Lokal Terbaik Untuk Anda Bawa Bercuti

Serlahkan pesona bibir sepanjang percutian dengan pilihan lip gloss lokal yang menawarkan kilauan memikat, kelembapan optimum dan sentuhan glamor.

Percutian pastinya lebih menyeronokkan apabila setiap keperluan kecantikan tersusun rapi dalam beg tangan, termasuklah pilihan lip gloss yang mampu menyempurnakan penampilan. Praktikal, mudah dibawa dan versatil, sentuhan kilauan pada bibir menjadi pelengkap solekan sama ada ketika menikmati panorama indah atau mengabadikan momen istimewa sepanjang perjalanan. Kenali tujuh lip gloss jenama lokal yang wajar menjadi teman setia percutian anda. 

Velvet Vanity

Menjadi teman ideal sepanjang percutian, Peptide Glo Lip Glaze daripada Velvet Vanity menyuntik kilauan mempesona seakan kaca pada bibir. Diperkaya dengan peptida dan Hyaluronic Acid, formulanya membantu mengekalkan kelembapan bibir sambil memberikan kemasan berkilau tanpa rasa melekit. Pilihan rona yang menawan cukup versatil untuk melengkapi solekan segar ketika meneroka destinasi baharu, mahupun penampilan lebih glamor saat menikmati makan malam istimewa.

Syedewa Cosmestic 

Bagi mereka yang gemarkan solekan ringkas dengan sentuhan kilauan mewah, Liquid Shine daripada Syedewa Cosmetics boleh menjadi pilihan ketika mengembara. Menampilkan variasi rona daripada tona nude yang lembut hingga warna lebih menyerlah, lip gloss ini memberi kebebasan untuk bereksperimen dengan penampilan mengikut destinasi. Saiz mininya juga cukup praktikal untuk dibawa ke mana-mana, menjadikannya teman kecil yang mudah dicapai setiap kali ingin menyegarkan solekan sepanjang percutian.

Maez

Setiap detik percutian pastinya lebih istimewa dengan sentuhan solekan yang menyerlahkan pesona diri. Lip Shine High Shine Lip Gloss daripada Maaez Cosmetics hadir dengan kilauan memikat yang mampu menyuntik seri pada penampilan, tanpa memerlukan solekan yang berlebihan. Diperkaya dengan Vitamin E dan Calendula Oil, formulanya membantu mengekalkan kelembapan bibir menerusi tekstur ringan dan tidak melekit. Lebih menarik, koleksi ini menawarkan enam rona inspirasi pencuci mulut seperti Tiramisu, Baklava dan Peach Strudel, cukup versatil untuk menemani setiap momen indah sepanjang perjalanan.

Sobella Hydra Lip Glowing

Bibir berkilau bak taburan bintang pastinya memberikan sentuhan istimewa pada penampilan percutian. Hydra Lip Glowing daripada SoBella Beauty dalam rona Baby Sparkle menawarkan kemasan berkilau yang menyerlahkan seri bibir. Diperkaya dengan Almond Oil, Vitamin E dan Vitamin C, formulanya membantu melembapkan bibir sambil memberikan efek berkilau dan tampak lebih penuh. Lebih menarik, rangkaian ini hadir dalam 10 pilihan rona dengan nama yang diinspirasikan daripada keindahan galaksi, sesuai untuk melengkapkan pelbagai gaya solekan sepanjang percutian.

Alha Alfa 

Sedikit sentuhan kilauan mampu menaikkan seri wajah meskipun tanpa solekan yang sarat. Lip Injection Hydrating Lip Plumper daripada Alha Alfa Cosmetics menjadi pilihan menarik buat mereka yang menggemari bibir tampak lebih penuh dan mempesona ketika bercuti. Diformulasikan dengan peptida serta ekstrak tumbuhan, produk ini membantu mengekalkan kelembapan bibir sambil memberikan efek plumping dengan kemasan berkilau. Empat pilihan rona iaitu Cherry Heat, Crystal Glaze, Pink Kiss dan Peachy Dream turut memberikan kebebasan untuk menyesuaikan gaya bibir mengikut suasana percutian.

TROYLING

Kilauan kristal yang memantulkan cahaya menjadikan Lip Gloss Shattered Diamonds daripada TROY LING pilihan menarik untuk menyuntik pesona pada penampilan percutian. Menawarkan kemasan luminous, crystal-shine, lip gloss ini boleh dipakai sendirian atau dilapiskan di atas gincu kegemaran untuk efek bibir lebih berdimensi. Formulanya turut diperkaya dengan Hyaluronic Acid, Vitamin E, minyak kelapa dan Rosehip Oil bagi membantu mengekalkan kelembapan bibir. Lebih istimewa, tiga pilihan rona iaitu Kuih Lapis, Seri Kaya dan Kuih Kosui diinspirasikan daripada manisan tempatan, memberikan sentuhan unik dalam beg solekan anda ketika mengembara.

Chuck’s

Ada kalanya, pesona solekan terletak pada sentuhan sederhana yang menyerlahkan kecantikan semula jadi. Lucky Lip Jelly in Beam daripada Chuck’s menjadi teman ideal untuk percutian dengan gabungan kelebihan lip balm dan lip gloss dalam satu sapuan. Diperkaya dengan 4% Shea Butter, Royal Jelly Extract serta Sodium Hyaluronate, formulanya membantu menyuburkan dan mengekalkan kelembapan bibir. Teksturnya yang lembut dengan kilauan semula jadi cukup sempurna untuk melengkapi gaya santai ketika menikmati secawan kopi mahupun meneroka destinasi baharu.

MARE

Nostalgia era 90-an kembali mewarnai dunia kecantikan menerusi THE PINK ERA  Lip Slick Hydrating Lip Oils daripada MARE. Hadir dalam tiga pilihan rona merah jambu iaitu Get Over It, First Daughter dan Drive Me Crazy, setiap satunya menawarkan sentuhan warna lembut yang memikat. Diperkaya dengan shea butter serta minyak avokado, macadamia dan jojoba, formula ini membantu melembapkan bibir sambil memberikan kemasan berkilau tanpa rasa melekit.

Artikel Berkaitan: Jelly Blush, Adakah Hanya Gimik? Will it Stay or Go?