Rejuvenasi & Holistik: Pengalaman Eksklusif GBC Retreat – Glam Beauty Club

Rejuvenasi & Holistik: Pengalaman Eksklusif GBC Retreat

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Dari Yoga Flow hingga Ice Bath, GBC Retreat Vol 1.0 mengajak anda untuk merasai sendiri revolusi kecantikan holistik. Pengalaman ini membuktikan kecantikan juga mengimbangi jiwa dan raga.

GLAM Beauty Club ada surprise untuk semua ahli GBC samada yang baru atau lama! Perkenalkan GBC Retreat Vol 1.0 yang membariskan pengalaman eksklusif lebih holistik dan menjaga kesejahteraan minda dan jiwa. Revolusi baru ini melalui fasa transformatif terutama dalam aktiviti yang melibatkan Wellness. Ini bukan sekadar acara biasa, anda akan merasi sendiri pengalaman kecantikan holistik dari Yoga Flow hingga ke Onsen Spa.

GBC Retreat

Objektif utama GBC Retreat ini adalah untuk mewujudkan transformasi holistik dari pelbagai aspek yang merangkumi aspek fizikal, mental dan spiritual, kerana di GBC kami percaya kecantikan itu haruslah dijaga dari dalaman dan luaran. GBC Retreat ini diadakan khas untuk meraikan anda sebagai ahli merasai pengalaman serba ekslusif, di mana setiap kolaborasi punya kesinambungan antara satu sama lain. Malah, sesi ini juga mampu menjalinkan silaturahim antara ahli GBC.

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse