GBC Love Wellness: Bagaimana Anna Jobling Stress-Reset!
Bersempena dengan GBC Love Wellness, GLAM Beauty Club sempat menemubual bersama the first Beauty Connoisseur GBC, Anna Jobling mengenai cara dia Stress-Reset!
You don’t need to be everyone’s cup of tea, you don’t need to be “enough” for others. You don’t need to fit a certain “beauty standard” for others..Anna Jobling
Stree-Reset bukanlah satu perkara yang patut diambil remeh dan ini juga dipersetujui oleh aktres cantik, Anna Jobling. Jelasnya, dirinya kini sibuk di negara jiran dan berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Jakarta bukanlah satu perkara yang mudah. Ia banyak mengorbankan masa, tenaga dan diri. Namun, sebagai aktres ianya sudah menjadi tanggungjawab utama. GBC menemubual bersama Anna selanjutnya mengenai perihal kesihatan dan kecantikan dirinya pula.
Kulit Anna bersihnya… bagaimana you jaga kesihatan kulit walaupun sibuk di set pengambaran? Tekaan GBC jika di set sudah tentu pelakon itu disolek tebal?
Bagi Anna, perkara terbaik dalam menjaga kulit adalah dengan mempunyai rutin penjagaan kulit yang baik dan konsisten melakukannya. Menyediakan kulit supaya terhidrat sebelum memakai solekan juga penting kerana jika di set saya akan berada selama lebih 12 jam hampir setiap hari. I also prefer a more matte finish foundation as I won’t be needing to touch up, jadi ia menghalang kulit saya daripada kelihatan cakey!
Kerap mengembara antara Malaysia dan Indonesia, Apakah rutin penjagaan kulit Anna…
I like keeping it simple especially when it comes to always travelling. Saya sentiasa sediakan set bio-essence saya. Untuk kekal segar sepanjang hari, percayalah Bio-essence Bio-Water Energising Facial Water Mist memang akan lindungi kulit you terutama sekarang musim jerebu! Pilihan utama saya pada masa ini mestilah produk daripada rangkaian Bio-Bright, kerana ia membuatkan kulit saya berseri dan terhidrat. Formula dan teksturnya memang mengujakan, saya sangat menyukainya. The moisturiser is my favourite.
GBC faham Anna seorang yang sibuk, tetapi bagaimana Anna mengekalkan kesihatan fizikal dan mental sambil mengimbangi jadual lakonan merentasi dua negara?
Sebenarnya, secara fizikal Anna tidak punya masa untuk bersenam L, namun I make sure to take my vitamins. Saya mengambil vitamin berdasarkan apa yang saya rasa terbaik untuk tubuh saya perlukan seperti zat besi kerana saya tidak makan daging, biotin & kolagen untuk rambut & kulit, vitamin C dan beberapa yang lain.
Mentally it’s a bit harder I won’t lie, ada hari saya okay dan bertenaga, tetapi ada hari saya I’m mentally drained from the travelling and early mornings and late nights. Saya cuba tidur sebentar bila boleh dan mengekalkan persekitaran positif. Ketika di set, saya cuba fokus pada kerja dan pastikan meninggalkan watak di set apabila selesai untuk hari itu supaya saya tidak terlalu terjejas ketika di rumah, memandangkan peranan yang saya lakonkan boleh jadi agak berat dan kadang-kadang sukar untuk saya kembali kepada diri biasa.
Anna… apa patut kami lakukan jika stress dan bagaimana nak mengekalkan work-life balance?
Ermm…jujur cakap Anna juga perlukan bantuan GBC dan all the members…hehe. Anna sendiri berturut-turut kerja di set termasuk lakonan dan kempen. Tetapi apa yang Anna boleh nasihatkan sentiasa dengar pada diri sendiri, jika tidak boleh teruskan then just take it easy. Seperti Anna, saya juga melakukan perkara yang sama, jika Anna stress, I constantly try to remind myself if I can’t control it I need to relax. Saya juga mempunyai team untuk membantu saya meringankan tekanan dan bebanan terutama dari segi susun jadual. Saya juga ada sistem sokongan yang hebat, jadi pada hari yang terlalu mencabar, mereka sentiasa ada untuk menyokong saya. Anda perlu cari Support System terbaik!
Anna tidak terlepas tempias daripada gossip dan tekanan di sosial media, Apa amalan kesihatan (Wellness) Anna untuk kekal tenang…
Saya rasa saya telah sampai ke tahap di mana saya sedar jika saya mengambil berat tentang pendapat orang lain, saya tidak akan berkembang sebagai individu. Walaupun sebagai pelakon, saya masih manusia biasa dengan emosi yang akan membuat kesilapan tetapi akan belajar daripadanya.
Saya layak untuk gembira, saya layak untuk menjaga privasi dan saya layak untuk tidak menjelaskan diri. Saya rasa menetapkan sempadan penting untuk kesejahteraan saya dan menyedari bahawa ini mungkin klise tetapi hidup ini benar-benar singkat dan saya tidak mahu melihat ke belakang dan menyesal terlalu mengambil berat tentang pendapat orang lain, cuba membahagiakan semua orang sehingga akhirnya lupa menjaga diri dan melakukan apa yang membahagiakan saya.
Sempena GBC LOVE Wellness kempen, apakah nasihat Anna untuk wanita muda Malaysia mengenai keyakinan diri dan body positivity?
Kadang-kadang kita terlalu memikirkan bagaimana orang lain memandang kita sedangkan sebenarnya orang lain terlalu sibuk memikirkan diri mereka sendiri. You don’t need to be everyone’s cup of tea, you don’t need to be “enough” for others. You don’t need to fit a certain “beauty standard” for others.. Selagi anda tidak mendatangkan kemudaratan kepada orang lain, anda okay. Kelilingi diri dengan orang yang tahu nilai anda, berkata positif tentang diri dan kepada diri sendiri, jaga diri secara rohani, mental dan fizikal, dan sedar bahawa mengambil langkah kecil untuk pertumbuhan diri lebih baik daripada tidak mengambil langkah langsung. Setiap bunga mekar secara berbeza, namun semuanya cantik – begitu juga dengan anda.
Artikel berkaitan GBC Lulus: 5 Lip Oil Viral Patut Dimiliki
Artikel berkaitan GBC Lulus: 5 Produk Penting Untuk Dibawa Ketika Bercuti