Apa Yang Istimewa Dengan Kempen #DELENA? Ini Jawapannya - Glam Beauty Club
?>
selena gomez, demi lovato, Delena, rare beauty

Apa Yang Istimewa Dengan Kempen #DELENA? Ini Jawapannya

The most iconic reunion di abad ini sudah tentunya dimenangi oleh #DELENA.  Selena Gomez dan Demi Lovato, kombinasi ikonik ini menemukan satu lagi babak istimewa menerusi kempen terbaharu Rare Beauty, Still Making Each Other Blush.

Lebih berpuluh tahun selepas pertama kali bertemu ketika menjalani uji bakat untuk siri televisyen kanak-kanak Barney & Friends pada 2002, kedua-duanya kembali bergandingan dalam sebuah kempen yang sarat dengan nostalgia. Reunion ini pastinya mengundang keterujaan peminat yang pernah mengikuti perjalanan mereka sejak era Disney Channel, khususnya menerusi filem Princess Protection Program (2009).

Menerusi kempen ini, Selena dan Demi mengimbau kembali kenangan lama dengan menghidupkan semula suasana video YouTube yang pernah mereka hasilkan bersama ketika usia remaja. Berlatarbelakangkan bilik tidur dengan nuansa santai, kedua-duanya dilihat bergurau, menari, bermain solekan dan berkongsi momen spontan di hadapan kamera. Turut diselitkan ialah rujukan kepada filem Princess Protection Program, termasuk penampilan mereka dalam persalinan gaun dan tiara yang mengingatkan peminat kepada poster filem tersebut.

Set Eksklusif Delena 

selena gomez, demi lovato, Delena, rare beauty

Namun, tumpuan kempen ini tidak terhenti pada nostalgia semata-mata. Ia turut memperkenalkan Delena Soft Pinch Blush Bundle, sebuah set eksklusif yang mengambil inspirasi daripada gabungan nama panggilan peminat buat Selena dan Demi. Set ini menghimpunkan dua rona ikonik Soft Pinch Liquid Blush bersama Soft Pinch Blush Brush, sekali gus memberikan sentuhan peribadi kepada kolaborasi berkenaan.

Selena memilih Hope, rona nude mauve yang memberikan semburat warna lembut pada pipi, manakala Demi menggayakan Virtue, rona beige peach dengan sentuhan hangat. Kedua-dua pilihan ini mencerminkan karakter warna yang berbeza, namun mudah disesuaikan untuk menghasilkan penampilan solekan pipi yang segar dan berseri.

Bagi Demi, peluang bekerjasama dengan Selena menerusi kempen ini merupakan pengalaman yang cukup bermakna. Dia menyifatkan penggambaran tersebut sebagai momen yang membawanya kembali ke zaman mereka menghasilkan video YouTube bersama sambil bereksperimen dengan solekan.

Persahabatan & Kecantikan Menyatukan Kembali

selena gomez, demi lovato, Delena, rare beauty

Selena turut berkongsi bahawa kempen ini menjadi ruang untuk mereka mengenang sejarah persahabatan yang telah dilalui, di samping meraikan diri masing-masing pada hari ini. Walaupun dalam lapangan kerja yang sama walau bagaimanapun ia membawa mereka ke arah berbeza.

Namun melalui Still Making Each Other Blush, Rare Beauty mengangkat sisi persahabatan yang lebih peribadi dalam dunia kecantikan. Solekan menjadi medium untuk meraikan kenangan, hubungan dan perjalanan dua individu yang membesar di hadapan mata peminat. Ada sesuatu yang cukup menyenangkan apabila melihat dua figura yang pernah mewarnai zaman remaja kembali berkongsi ruang yang sama, kali ini dengan pengalaman dan perspektif yang jauh lebih matang.

Artikel Berkaitan: Rare Beauty Soft Pinch Liquid Blush