Use your ← → (arrow) keys to browse
MOOM Health memilih untuk mengisi jurang yang luas itu dengan pendekatan yang menyentuh dua dunia sekaligus iaitu keunikan tradisi Ayurveda yang telah tersimpan dan terjaga selama berabad-abad lamanya, serta relevansi klinikal yang dituntut oleh sains dan pengguna moden yang semakin celik.
Jika di negara seberang, dunia penjagaan kesihatan wanita diperdebatkan secara terang-terangan! Perbualan tentang kitaran haid yang tidak menentu, tentang rambut yang gugur tanpa sebab yang dapat dirungkai, tentang keletihan yang menggigit jiwa dan raga walaupun selepas tidur yang panjang. Wanita Asia, sering menganggap ia satu topik yang tidak harus dibincangkan dalam khalayak ramai. Mili dan Maya Kale menganggap ia satu topik yang seharusnya dikongsikan bersama agar menjadi ikhtibar.
MOOM Health ditubuhkan bukan dari keinginan membina empayar perniagaan yang gah tetapi dari kekecewaan yang sangat peribadi. Ada satu persoalan yang hampir membekukan langkah Mili dan Maya sebelum MOOM sempat bertunas dimana adakah wanita Asia bersedia untuk berfikiran terbuka tentang hormon?
“Topik seperti haid, kesuburan, dan hormon masih dianggap terlalu peribadi bahkan memalukan untuk dibincangkan secara terbuka terutama di negara serantau Asia”- Mili & Maya Kale.
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”