Bermula Dengan Kisah Kitaran Haid, MOOM Health Kini Pilihan Wanita Asia! - Page 2 of 2 - Glam Beauty Club
?>

Bermula Dengan Kisah Kitaran Haid, MOOM Health Kini Pilihan Wanita Asia!

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Bahan-bahan seperti Amla Ayurveda, Bhringraj, dan Curcumin bukan asing bagi kedua-dua pengasas ini. Ia adalah bahan yang tumbuh di dapur nenek moyang mereka sejak zaman berzaman digunakan bukan sebagai ubat yang diformulasikan dengan teliti, tetapi sebagai sebahagian dari cara hidup yang semula jadi. MOOM mengangkat bahan-bahan ini dengan kelestarian yang penuh makna dan diformulasikan semula dengan ketepatan saintifik yang ketat, dan menjadikannya mudah diakses oleh perempuan hari ini yang tidak mempunyai waktu untuk menyelami sendiri ilmu beratus-ratus tahun Ayurveda dari akar umbinya.

Moom

Mili dan Maya juga menyentuh sesuatu yang lebih besar dari sekadar formula iaitu gelombang yang melanda wanita moden di seluruh dunia, di mana penerimaan mereka dalam gabungan perubatan tradisi dan moden, yang dapat menyelamatkan masalah diri walaupun sekecil zarah. Bagi anda yang baru memulakan perjalanan kesihatan dan terasa lemas dengan pelbagai pilihan yang ada di pasaran, MOOM menawarkan satu titik mula yang tidak terlalu ekstrem dan ia bermula dengan kitaran haid.

Banyak isu yang kelihatan berbeza seperti jerawat yang berulang-ulang, keguguran rambut yang merisaukan, keletihan yang tidak beralasan yang sebenarnya berakar pada ketidakseimbangan hormon yang sama. Menurut Mili dan Maya, satu amalan yang mereka ingin setiap perempuan cuba paling kurang sekali seumur hidup iaitu cycle syncing menyelaraskan gaya hidup, pemakanan, dan tahap tenaga dengan kitaran haid. Ia adalah salah satu cara paling ampuh untuk menyambung semula hubungan dengan badan sendiri yang selama ini mungkin diabaikan atau disalah erti.

Moom

Bagi Mili dan Maya, kejayaan terbesar MOOM bukan diukur dari angka jualan semata-mata. Tetapi ia diukur dari sesuatu yang lebih halus dan lebih bermakna dari segi kejayaan membina sebuah pasukan, sebuah komuniti, dan sebuah ekosistem wanita yang saling menyokong antara satu sama lain.

“Persaudaraan dalam perniagaan bermakna kerjasama mengatasi persaingan. Ia tentang berkongsi ilmu, hadir untuk satu sama lain, dan membina sesuatu yang lebih besar dari jenama kita secara individu. Ada kekuatan, keberanian yang luar biasa dan tidak boleh dilaksanakan secara seorang diri,” kata Mili dan Maya Kale.

 

Mili

Di MOOM segalanya tentang rutin yang jujur, tidak dibuat-buat segalanya menampilkan tentang kehidupan harian yang sebenar.  Rutin pagi mereka mudah seperti hidrasi, suplemen, sedikit pergerakan yang lembut untuk membangunkan badan, dan seketika ketenangan sebelum hari bermula dengan semua kesibukan dan tuntutannya. Malam pula adalah waktu untuk melepaskan seperti kurang skrin, lebih relaks, lebih masa bersama keluarga secara konsisten.

Satu amalan yang mereka tidak sekali-kali akan korbankan iaitu tidur! Badan dan minda memerlukan masa berehat walaupun sibuk mana rutin mereka atau sepantas mana mereka bekerja pasti mereka akan berhenti sejenak dan berehat. Jika MOOM boleh mengubah satu kepercayaan yang dipegang oleh wanita pastinya mengenai apa yang boleh diperbaiki tetapi memahami kesihatan tubuh badan dan bukan melawan kitarannya tetapi membaikpulih dengan sempurna.

Artikel berkaitan GBC Dedah Kecantikan Borneo Bersama OLUMES

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”

Pengarah Kecantikan