GBC Eksklusif: Peter Philips Mentafsir Keindahan Provence untuk Dior
Musim panas sentiasa menjadi sumber inspirasi paling romantik buat Dior. Tahun ini, maison tersebut membawa imaginasi kecantikan ke La Colle Noire, château milik Christian Dior di Provence yang terkenal dengan taman bunga, cahaya matahari keemasan dan suasana Selatan Perancis yang tenang.
Melalui Dioriviera Summer Makeup Collection, Peter Philips, Pengarah Kreatif dan Imej Dior Makeup, mencipta koleksi yang meraikan kehangatan musim panas dalam cara yang lebih artistik dan emosional. Rona biru azure, coral terang dan kilauan emas diterjemahkan ke dalam tekstur yang luminous, segar dan moden, menghadirkan solekan yang terasa seperti cahaya matahari pada kulit.
Dior Forever Nude Bronze Glow & Dior Forever Glow Luminizer
Untuk wajah, Dior memperkenalkan Dior Forever Nude Bronze Glow dan Dior Forever Glow Luminizer edisi terhad yang dihiasi motif daisy bersama simbol ladybug, inspirasi daripada lucky charm Christian Dior. Rekaan ini bukan sahaja menjadikan produk solekan lebih couture, tetapi turut membawa sentuhan playful yang sinonim dengan musim panas Dioriviera.

Dior Forever Nude Bronze Glow tampil dalam dua harmoni rona iaitu Coral Bronze dan Pink Bronze yang memberikan efek kulit hangat seakan naturally sun-kissed. Gabungan bronzer satin, blush dan highlighter keemasan membantu menyerlahkan dimensi wajah dengan kemasan yang lembut dan bercahaya.
Sementara itu, Dior Forever Glow Luminizer dalam rona Sun Kissed pula diinspirasikan daripada cahaya matahari senja di Selatan Perancis. Formula micro shimmer yang halus menghasilkan pantulan cahaya yang elegan tanpa kelihatan berlebihan, menjadikan kulit tampak glowing dari setiap sudut.
Dior Forever Skin Bronze
Dior turut memperkenalkan Dior Forever Skin Bronze, bronzing stick pertama maison tersebut dengan tekstur balm yang ultra lembut. Diperkaya dengan vitamin C dan vitamin E, ia membantu memberikan efek bronzed glow yang lebih sekata sambil memastikan kulit kekal selesa dan lembap sepanjang hari.

Pada bahagian mata, Peter Philips bermain dengan kontras antara rona langit musim panas dan cahaya matahari Provence melalui dua palet Diorshow 5 Couleurs edisi terhad. Summer Azur menampilkan kombinasi pastel blue, coral lembut dan beige satin yang diinspirasikan daripada langit cerah Mediterranean, manakala Sunset Bronze membawa nuansa petang musim panas melalui rona emas, brick dan coklat satin yang lebih sensual.
Diorshow Flash Stick

Turut mencuri perhatian ialah Diorshow Flash Stick, produk mata baharu yang boleh digunakan sebagai pembayang mata, asas dan celak dalam satu aplikasi mudah. Teksturnya creamy, tahan lama dan mudah digunakan, menjadikannya pilihan ideal untuk solekan musim panas yang lebih effortless tetapi tetap menyerlah.
Dior Addict Lip Maximizer

Untuk bibir, Dior Addict Lip Maximizer hadir dengan lima rona baharu yang diinspirasikan daripada cahaya langit musim panas. Dengan formula diperkaya asid hialuronik, bibir tampak lebih penuh, lembap dan glossy dengan kilauan yang segar.
Dior Vernis
Melengkapkan keseluruhan koleksi, Dior Vernis memperkenalkan dua rona kuku baharu, Azur dan Sunset, yang membawa sentuhan biru terang dan bronze iridescent untuk menyerlahkan lagi semangat musim panas Riviera.

Melalui Dioriviera Summer Makeup Collection setiap rona dan tekstur seolah olah membawa memori matahari Provence yang kekal berseri pada kulit sepanjang hari.
Artikel berkaitan: Whitening VS Brightening? Bunyi Sama Tapi Fungsi Lain, GBC Dedah Produk Terbaik
Syafiqah Alkaf
Syafiqah adalah Pengarang Kecantikan di GLAM Malaysia. Dengan kepakaran dalam penulisan editorial dan pemahaman mendalam tentang dunia kecantikan, Syafiqah memimpin serta menghasilkan kandungan tentang kecantikan dan kesejahteraan, membawakan tip dan panduan untuk kesejahteraan diri dan kecantikan pembaca.