GLAM Beauty Club Archives - Glam Beauty Club
?>

GBC bangga apabila satu-satunya model Malaysia yang semakin menempah nama di persada tempatan dan antarabangsa terpilih untuk melangkah ke CHANEL Cruise, Singapura.

Suganya Di Pentas Antarabangsa...bagaimana you boleh terpilih untuk CHANEL Cruise 2025 di Singapura?

Ini adalah pengalaman kali pertama saya. Proses casting yang dilalui juga bukan seperti yang biasa kali ini semuanya berlaku secara digital melalui medium email dan video. Kebiasaannya saya perlu hadir ke sesi casting secara face-to-face! Jadi semuanya bermula dengan pantas, dan sehingga hari ini saya masih tidak percaya ianya berlaku dengan begitu cepat. Pengalaman ini membuktikan bahawa walaupun dunia fesyen semakin berubah dengan teknologi, peluang untuk bersinar tetap terbuka luas untuk model Malaysia yang berbakat. Suganya

Butik eksklusif terbaharu jenama ikonik Korea ini menjanjikan pengalaman kecantikan yang tiada tandingan. GBC cuba Edisi Terhad  Lip Sleeping Mask Swirl  menggabungkan inovasi hidrasi di butik terkini Laneige di The Exchange TRX. Kuala Lumpur menyaksikan detik glamor apabila LANEIGE Malaysia, jenama kecantikan global di bawah naungan Amorepacific, melancarkan butik eksklusifnya di The Exchange TRX Mall pada 26 November 2025. Acara pembukaan rasmi yang dihadiri oleh media dan tetamu istimewa ini menandakan babak baharu dalam dunia penjagaan kulit mewah di Malaysia. I diraikan dengan serba eksklusif dan diketuai oleh pasukan kepimpinan LANEIGE bersama eksekutif Lendlease. Butik baharu ini bukan sekadar ruang runcit, ia adalah destinasi yang mempersembahkan falsafah jenama "OPEN TO WONDER", mencipta persekitaran yang memukau di mana pengunjung dapat menerokai dan merasai sendiri produk-produk inovatif LANEIGE. Laneige

Kuala Lumpur dikejutkan dengan kehadiran aktor terkenal Thailand, Apo Nattawin! GBC bertemu dengannya di House of Creed. Katanya, inilah wangian yang buat dia jatuh cinta. Pavilion Kuala Lumpur menjadi tumpuan penggemar fesyen dan wangian mewah apabila House of Creed melancarkan butik eksklusif pertamanya di Malaysia dengan kehadiran istimewa pelakon Thailand yang terkenal di peringkat antarabangsa, Apo Nattawin Wattanagitiphat. Apo Nattawin, yang terkenal dengan peranannya dalam siri drama popular KinnPorsche dan filem Man Suang, membawa aura glamor dan keanggunan ke acara berkenaan. Pelakon berusia 31 tahun ini dilahirkan pada 24 Februari 1994 Bertemu Erwin Creed, Pewaris Generasi Ketujuh

Secara eksklusif, GBC tanya Apo Nattawin Mengenai Wangian Yang Buat Wanita Jatuh Cinta Dengannya…

apo

GBC Guest Writer minggu ini bersama ahli GLAM Beauty Club, Fera Ibrahim yang berkongsi cerita mengenai pengalamannya dari wanita biasa kini semakin berani dan gemarkan rutin Wellness. Ikuti kisah menariknya... Perkongsian cerita dan pengalaman oleh ahli GBC, Fera Ibrahim tentang perjalanan kecantikan dan kesihatan dirinya. "Saya obses dengan perihal kecantikan atau segalanya mengenai cantik, namun sejak kebelakangan ini saya cabar diri untuk mencuba sesuatu yang baru. Dan siapa sangka kini saya aktif dalam sukan seni mempertahankan diri, Muay Thai dari hanya 'cuba-cuba' kini menjadi rutin harian." FERA IBRAHIM

1. Masalah yang sering dihadapi saya, terutama apabila kulit mula... 

Rutin saya sekarang lebih fokus pada kelembapan dan perlindungan. Kerana saya seorang yang aktif berpeluh dan sering berada di outdoor, kulit mula tanpa kering, tidak sekata. Apa yang saya lakukan adalah dengan memilih pembersih wajah lembut, kemudian toner, serum vitamin C, pelembap, dan pelindung matahari. Waktu malam pula, saya buat double cleansing dan sapukan krim malam atau sleeping mask yang menyuburkan kulit. Memang tip, double cleansing ini benar-benar berhasil.