GBC Dedah Kecantikan Borneo Bersama OLUMES
GBC dekati pengasas dan juga saintis kosmetik OLUMES, Aerin Gabor yang aktif membawa nama Borneo di mata kecantikan global. Ketahui kenapa OLUMES menjadi pilihan GLAM Beauty Club!
BILA BORNEO BERGEMA DI MATA DUNIA KECANTIKAN GLOBAL
Nama OLUMES dipetik dari perbendaharaan bahasa Kadazan-Dusun, bererti indah. Dan memang indahlah cerita di sebalik jenama ini. Tidak seperti kebanyakan jenama kecantikan yang lahir dari estetika semata-mata atau trend yang berlalu seperti angin. OLUMES lahir dari perasaan ingin tahu dan keyakinan yang tidak berganjak bahawa tanah Borneo menyimpan rahsia kecantikan yang belum sepenuhnya dirungkai oleh dunia moden."Versi pertama OLUMES bukanlah sebuah produk. Ia adalah sebuah buku nota yang penuh dengan lakaran idea dan penyelidikan bahan"- Aerin Gabor
GBC Eksklusif : Ini ‘Rahsia Hollywood Flawless’ Solekan Nikah Syifa Haldu
Bintang Indonesia terkenal, Syifa Hadju kini bergelar isteri sah El Rumi. Namun, apa yang menarik perhatian GBC adalah solekan di hari pernikahannya! Secara eksklusif, GBC tanya jurusolek pilihannya, Bennu Sorumba.
Jurusolek selebriti terkenal Indonesia, Bennu Sorumba yang cukup terkenal dengan gaya atau idea solekan klasik Indonesia menjadi pilihan Syifa Hadju di majlis pernikahannya.Dan seperti biasa, tangan Bennu tidak mengecewakan. GBC dekati Bennu dan bertanya apakah ilham solekannya buat Syifa!
"Berakar pada tradisi, dibalut dengan keanggunan. Klasik Jawa yang didefinisikan ulang untuk selamanya," - Bennu Sorumba
“Beauty Standard Tidak Wujud Dalam Diri Saya…” – Nazurah Husna
Kekal beridentiti, model berhijab harus menentang stereotaip kecantikan. Bagi seorang gadis introvert, Nazurah tidak pernah merancang berkarier sebagai seorang model. Hanya sekadar mencuba, kini dirinya selesa berada di hadapan lensa. Dia menganggap segalanya tentang ekspresi diri yakni melalui foto, video dan penampilannya adalah bahasa dirinya. “Having a medium tan complexion, I realized there was an unspoken expectation that my skin should appear lighter in photos," katanya, nada suaranya tenang namun tegas. Saat ini berlaku apabila dia diminta untuk bersolek dengan ton kulit yang jauh lebih cerah daripada warna aslinya. [gallery columns="2" size="full" ids="249243,249244"]
"Don't try to chase or become someone else. The industry doesn't need another 'Marilyn Monroe' in the same era.” Nazurah Husna
“I don’t negotiate my health for approval…”- Nalisa Alia Amin
Tidak ingin bergelar tangkap muat! Nalisa Alia Amin ingin mengubah tanggapan masyarakat atau industri model plus size juga ada ruang untuk di pentas antarabangsa! Terdapat satu momen yang mengukir namanya dalam sejarah fesyen tempatan. Apabila Nalisa melangkah ke landasan Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) buat kali pertama, tiba-tiba wajahnya tersebar di mana-mana sebagai "model plus size pertama" yang membuka dan berjalan untuk KLFW. [gallery columns="2" size="full" ids="249248,249249"]
“Wajah pan-Asian masih menjadi keutamaan, namun di negara jiran pilihan mereka ke arah tidak konvensional,” Nalisa Amin
GBC Guest Writer : Skincare at night adalah WAJIB!.. Sheqin
GBC Guest Writer bulan ini menampilkan pempengaruh kecantikan dan wellness, Sheqin, yang terkenal dengan pendekatan ringkas tetapi berkesan dalam menjaga diri. Minat mendalamnya terhadap dunia kecantikan, khususnya dalam solekan dan penjagaan diri, jelas terpancar melalui gaya hidup dan personalitinya yang tenang serta autentik.
Bagi Sheqin, kecantikan bukan sekadar hasil luaran, tetapi refleksi daripada rutin harian yang konsisten dan seimbang. Pendekatannya lebih kepada menghargai asas penjagaan diri, memberi ruang untuk rehat yang mencukupi, serta tidak terburu-buru mengejar trend yang kompleks. Baginya, kesederhanaan yang dilakukan secara berterusan mampu memberikan hasil yang lebih ketara dalam jangka masa panjang.
“Kerana Warna Kulit, Saya Di Label Menyusahkan Krew Produksi…”- Haneesya Hanee
Haneesya Hanee menganggap dunia modelling bukanlah impiannya sejak kecil, sebagai seorang yang mengalami disleksia, keyakinan dirinya sentiasa rendah
GBC Bongkar Makna Rias Kuku Hailey Bieber Di Bieberchella Week 2
Ada simbol tersirat yang tersembunyi di hujung jari Hailey Bieber. GBC Lulus rekaan halus kuku wanita idaman Justin ini di Coachella 2026.
Editor GBC Pilih 5 Produk Hourglass Terbaik Untuk Tan Skin
Kulit tan mempunyai pesona tersendiri dengan tona hangat yang semula jadi, dan pemilihan produk yang tepat mampu menyerlahkan lagi pesonanya.
GBC Lulus 5 Lip Plumper Buat Bibir Lebih Dan Seksi
Volume yang instant, hidrasi yang tahan lama dan kilauan cermin, inilah formula terbaik ini buat bibir lebih terilusi tebal dan mungil. GBC Lulus lima yang terbaik.
Tutorial Mudah GUA SHA Hilang Puffiness Wajah Bersama Japhet Bong
GBC Beauty Radar secara eksklusif bersama jurusolek selebriti Japhet Bong (KF Bong), tampil menunjukkan cara mudah yang boleh dilakuan di rumah menggunakan Gua Sha.
Apa Itu Gua Sha?
Gua Sha adalah teknik penyembuhan perubatan Tradisional Cina yang telah wujud selama lebih 2,000 tahun dengan sesetengah sejarawan bahkan mengesan amalan ini sejak Zaman Paleolitik, apabila manusia purba menggunakan batu untuk mengurut bahagian tubuh bagi melegakan kesakitan. Gua Sha untuk wajah adalah salah satu cara paling berkesan untuk mengangkat, membentuk, dan mengkontur wajah dengan hasil yang boleh dilihat dengan segera. Apabila diamalkan secara konsisten dan dilakukan dengan betul, ia merangsang peredaran darah yang lebih baik, mengurangkan bengkak, memperkukuh otot muka, serta melembutkan penampilan garis-garis halus dan meningkatkan keanjalan kulit. Sebagai seorang artis solek, Japhet Bong amat tertarik kepada gua sha sebagai ritual penyediaan kulit sebelum bersolek apabila kulit sudah tirus, kontur dan berseri, solek boleh diaplikasikan dengan lebih licin dan hasilnya kelihatan lebih cantik dan semula jadi.Tip Bong, jika berasa sakit saat proses Gua Sha, buat gerakan mulut seperti blow the candle untuk mengurangkan kesakitan

