GBC Dedah Win Metawin Dan Sky Wongravee Berada Di Kuala Lumpur!
Dua aktor kacak Thailand Win Metawin dan Sky Wongravee bakal berada di Kuala Lumpur September ini. Ahli GBC ayuh kita serbu ke lokasi mereka bersama!
Kuala Lumpur bakal dibanjiri dengan peminat dua aktor kacak Thailand yang bakal berada di Kuala Lumpur untu September 2025 ini. Win Metawin bakal turun untuk pelancaran wangian baharu Prada Beauty dan Sky Wongravee pun untuk pelancaran wangian baharu Mont Blanc Fragrance.
GBC Sua Muka Bersama Win Metawin Pada 22 September 2025
Pelakon Thai popular, Win Metawin akan membuat penampilan yang dinanti-nantikan di acara Prada Paradigme Pop-up di Pavilion Kuala Lumpur pada Isnin, 22 September 2025, jam 3:00 petang. Acara yang berlangsung di pintu masuk utama pusat membeli-belah itu akan mempamerkan wangian maskulin terbaru Prada Beauty, Paradigme.
GBC Love Wellness: Transformasi Dandan Rambut di COCOdry Bangsar
Bangsar baru-baru ini menjadi lokasi istimewa apabila GBC Love Wellness menganjurkan acara eksklusif untuk siri ke-4 di salon COCOdry. Sejak melangkah masuk, ahli GBC disambut hangat oleh pasukan COCOdry dalam suasana mesra dan elegan. Acara ini memberi tumpuan utama kepada seni dandan rambut, bukan hanya sebagai rutin kecantikan harian, tetapi sebagai pengalaman yang dirangka dengan penuh inspirasi dan sentuhan eksklusif.
Sesi dandan rambut dalam acara ini ditampilkan sebagai lambang keyakinan dan ekspresi diri. Lebih daripada sekadar menggayakan penampilan, ia mencerminkan personaliti serta gaya hidup setiap individu. Ahli GBC yang hadir berpeluang memperdalam ilmu, mencuba teknik baharu dan bertukar pandangan, sambil menikmati suasana santai bersama komuniti yang berkongsi minat serupa.
GBC Dedah Ini Kod Warna YSL Beauty All Hours Glow Foundation Rosé
GBC yakin anda pasti ingin tahu apakah kod warna foundation yang dipakai oleh Rosé Blackpink. Inilah rahsianya…
All Hours Glow Foundation bukan sekadar bedak asas cecair biasa! Ia adalah gabungan canggih antara penjagaan kulit dan kosmetik couture yang mengandungi formula berasaskan serum sebanyak 78%. Bedak asas cecair hibrid ini menggabungkan kepakaran saintifik dengan estetika kosmetik mewah, menjadikannya pilihan wanita yang mahukan litupan sempurna tanpa kerisauan.
Tiga bahan aktif utama menjadi tulang belakang formula untuk All Hours Glow Foundation seperti Asid Hialuronik yang bertindak sebagai pelembap yang mengunci kelembapan sepanjang hari. Malah, menyerlahkan kesan dewy yang sihat dan pancaran dari dalam secara semula jadi. Niacinamide pula berfungsi mencerahkan dan menyamaratakan tona kulit dan membantu mengurangkan masalah ketidaksempurnaan kulit secara beransur-ansur.
GBC Love Wellness: Raikan Ahli Dengan Sesi Manicure Eksklusif di Bukit Tunku
GBC Love Wellness kembali minggu lalu dengan acara eksklusif yang berlangsung di POSH Nail Spa, Bukit Tunku. Dihadiri oleh ahli GBC, sesi kali ini dirancang untuk memberi ruang kepada ahli menikmati pengalaman santai sambil meraikan keindahan self-care menerusi sesi manicure.
Berbeza daripada siri sebelum ini, acara kali ini berfokus kepada sesi manicure yang menggabungkan rawatan ringkas, perkongsian tip kecantikan dan aktiviti praktikal. Selain mencantikkan kuku, peserta juga berpeluang belajar teknik mudah yang boleh diamalkan sendiri di rumah.
Tidak ketinggalan, acara turut diserikan dengan door gift premium serta sajian makanan dan minuman yang ditaja khas. Gabungan aktiviti, hadiah dan suasana mesra menjadikan acara ini satu lagi kenangan bermakna dalam siri Love Wellness.
GBC Love Wellness: Memasak Buat Saya Hilang Stress…Nabila Huda
Lain individu lain cara mereka hilang stress! Sempena GBC Love Wellness 2025, GBC tanya Nabila Huda bagaimana dia hilang stress?
1. Jika hanya ada tiga produk cantik paling penting dalam hidup anda, apakah ia?
Kenapa perlu tiga kalau satu produk boleh rawat segalanya! Coconut Oil! Percayalah ia boleh merawat dari rambut hingga ke hujung kaki. Malah, boleh digunakan juga sebagai pati wangian semula jadi dan tahan lama baunya…GBC Dan YBhg. To’ Puan Syamim Freida Bersua Di Pelancaran Miss Dior Essence
GBC hadir ke pelancaran Dior Beauty dan berpeluang menemu bual YBhg. To’ Puan Syamim mengenai pendapatnya tentang Miss Dior Essence.
GBC Cuba 3 Produk Mewah La Beauté Louis Vuitton
Ahli GBC pasti lihat dan dengar produk kosmetik paling mewah, La Beauté Louis Vuitton kini secara rasmi berada di pasaran. GBC Cuba 3 produk pertama dan ini reviu kami
La Beauté Louis Vuitton terlahir dari kolaborasi paling hangat antara Nicolas Ghesquière dan jurusolek lagenda yang juga ikon Dame Pat McGrath dalam menggabungkan kesinambungan antara warisan Louis Vuitton dan trend kecantikan semasa. Perjalanan era baharu kemewahan yang mendefinisi semula kecantikan masa kini. Dame Pat McGrath sebagai Direktor Kreatif Kosmetif La Beaute Louis Vuitton membentuk satu ekspresi baru dalam dunia kecantikan mewah.
GBC Love Wellness: Mandi Onsen & Terapi Urutan Mewah di Urban Retreat Onsen Spa
Dalam kesibukan rutin harian, tubuh dan minda sering terlepas peluang untuk benar-benar berehat. Menyedari keperluan ini, GBC kembali dengan sesi kedua 'love wellness' di Urban Retreat Onsen Spa, Sunway 163 Mall minggu lalu. Acara eksklusif ini memberi peluang ahli GBC menikmati pengalaman mandi onsen sambil dimanjakan dengan rawatan spa yang dirancang khusus demi kesejahteraan diri.
Sejurus melangkah masuk, tetamu disambut dengan suasana ala spa Jepun yang mendamaikan dengan pencahayaan lembut, haruman aromaterapi yang menenangkan dan alunan muzik halus yang seakan membawa mereka jauh dari kesibukan kota. Suasana itu menjadi permulaan sempurna untuk para peserta menekan butang “pause” dan menyerahkan diri kepada pengalaman istimewa yang menanti.
Namun, acara ini bukan sekadar santai semata-mata. Ia turut mengingatkan bahawa self-care perlu menjadi amalan konsisten. Bagi sesi kali ini, setiap peserta diberi peluang merasai gabungan rawatan spa menyeluruh selama 60 minit yang disesuaikan mengikut keperluan masing-masing.
GBC Love Wellness: Tyra Kamaruzzaman Dedah Rutin Self-Care Untuk Jiwa Tenang
GLAM Beauty Club menemubual bersama Tyra Kamaruzzaman mengenai pendekatan peribadinya dalam menjaga kesejahteraan diri.
GBC Dedah Harga Sebenar Perfume Baccarat Rouge 540 Di Malaysia
Baccarat Rouge 540 adalah simbol kekayaan! Kini tersedia dalam siri botol 250 edisi terhad sold out dalam masa singkat! Hanya boleh didapati di Pavilion KL dan Suria KLCC.
Siapa yang tidak mengenali Maison Francis Kurkdjian Baccarat Rouge 540, wangian ikonik lagi premium ini sememangnya tiada tandingan dan masih menduduki carta minyak wangi paling dicari saban tahun. GBC dikhabarkan melalui pengalaman mereka yang memilikinya, aroma tidak akan pernah dilupakan, buat mereka yang memakainya pengalaman itu berbeza seperti berada dalam kelompok golongan elit dan eksklusif.
[caption id="attachment_248505" align="aligncenter" width="2560"]
Baccarat Rouge 540 Eau de Parfum 200ml, bernilai RM2,810, 70ml RM1,420 dan 35ml RM900[/caption]
Sebelum anda memilliki Baccarat Rouge 540, ayuh kenali lebih dekat keunikan pembuatan wangian ikonik dunia ini. Baccarat Rouge 540 adalah salah satunya wangian yang mahakarya lahir dari pertemuan dua dunia iaitu kecanggihan kristal Baccarat yang berusia 250 tahun dan kepakaran Maison Francis Kurkdjian yang tiada tandingan.