GBC Love Wellness: Promosi Eksklusif Untuk Anda yang Mahukan Transformasi Holistik Menyeluruh
Rebut peluang keemasan ini dengan promosi eksklusif untuk GBC Love Wellness, satu inisiatif istimewa daripada GLAM Beauty Club untuk anda yang mengutamakan kesejahteraan minda, tubuh dan emosi. Program ini bukan sekadar acara kecantikan biasa, sebaliknya satu perjalanan holistik yang direka untuk menyegarkan kembali rutin self-care anda, menaikkan keyakinan diri dan membina gaya hidup lebih seimbang.
Terbuka kepada semua ahli GBC, termasuk yang baru mendaftar, GBC Love Wellness akan berlangsung sepanjang Ogos hingga September 2025. Ia menampilkan pelbagai aktiviti seperti terapi badan, meditasi bunyi, aqua fitness, sesi spa, sauna dan dandanan rambut, semuanya dipilih khas untuk membantu anda reset dari tekanan harian dan menyuburkan semula tenaga dalaman.
Selain menyertai aktiviti menarik, anda juga berpeluang menjadi sebahagian daripada komuniti wanita yang positif, menerima door gift eksklusif, dan mencipta tabiat penjagaan diri yang lebih konsisten. Setiap sesi bukan sahaja memberi manfaat fizikal, tetapi juga memberi ruang untuk anda bernafas dan kembali selari dengan diri sendiri.
GBC Love Wellness: Rejuvenasi & Holistik, Satu Pengalaman Eksklusif
Dari Yoga Flow hingga Ice Bath, GBC Retreat Vol 1.0 mengajak anda untuk merasai sendiri revolusi kecantikan holistik. Pengalaman ini membuktikan kecantikan juga mengimbangi jiwa dan raga. GLAM Beauty Club ada surprise untuk semua ahli GBC samada yang baru atau lama! Perkenalkan GBC Retreat Vol 1.0 yang membariskan pengalaman eksklusif lebih holistik dan menjaga kesejahteraan minda dan jiwa. Revolusi baru ini melalui fasa transformatif terutama dalam aktiviti yang melibatkan Wellness. Ini bukan sekadar acara biasa, anda akan merasi sendiri pengalaman kecantikan holistik dari Yoga Flow hingga ke Onsen Spa.
“Ketika Take-Off Itulah Masa Saya Untuk…”- Eyka Farhana
Aktres cantik Eyka Farhana sentiasa hadir bersedia, cantik dan segar walaupun dirinya hanya tidur 1 Jam. GBC tanya apakah rahsia empunya diri rutin cantiknya di kala Take-Off. GBC mendekati aktres cantik yang baru sahaja mendirikan rumah tangga. Apa yang menarik perhatian GBC adalah rutin penjagaan kulit wajahnya yang tidak pernah pudar momentumnya. Sentiasa bersedia dengan produk-produk penjagaan kulit wajahnya. Hendaklah sekarang ini, dia sibuk menghadiri jemputan ke acara dalam and luar negara. Bagaimana dia kekal cantik walaupun kepenatan! Ikuti sembang cantik GBC bersama Eyka Farhana. Mungkin anda boleh mengikuti nasihatnya?...
Apakah satu rutin penjagaan kulit anda yang tidak pernah tinggal walaupun anda sibuk?
Tidak kira betapa padatnya hari saya, sama ada saya di set penggambaran, ke acara, atau mengejar penerbangan lewat malam. Saya tidak pernah tinggal untuk membersihkan wajah. It’s my reset button! Muka yang bersih adalah asas untuk segala-galanya, dan ia membantu kulit saya bernafas selepas memakai solekan sepanjang hari.
GLAM Reviu: GLAM Cuba Pengering Rambut Paling Ringan
Dyson Supersonic r™ kini menjadi rebutan wanita kerana rekaannya cukup luar biasa dan dikategorikan sebagai pengering rambut paling ringan!
GBC Lulus: 5 Lip Oil Viral Patut Dimiliki
Lip Oil kini menjadi fenomena! GBC yakin dalam beg tangan anda pasti ada produk ini. GBC Lulus 5 Lip oil yang menjadi pilihan selebriti terkenal dan mudah dimiliki.
Trend Lip Oil yang viral ini bukanlah sekadar fenomena sementara - ia telah menjadi revolusi dalam dunia kecantikan. Berbeza dengan lip gloss tradisional yang sering kali melekit dan berat, Lip Oil menawarkan formula yang lebih ringan dengan kesan kilauan yang natural. Produk ini telah menjadi pilihan utama influencer dan selebriti kerana kemampuannya memberikan efek "glass skin" pada bibir sambil menghidrasi sepanjang hari.
GBC Lulus: Kami Mencuba 4 Hairspray Untuk Volume & Gaya Tahan Lama
Berikut adalah 4 hairspray terbaik yang benar-benar memenuhi kriteria pada rambut saya dan sesuai dengan cuaca kita di Malaysia.
‘Less is more’, Nabila Huda Dedah Rahsia Kecantikan Yang Diamalkannya
Ikuti temubual eksklusif bersama Nabila Huda untuk GLAM Beauty Club membongkar rahsia cantik dan watak dalam filem terbarunya Gayong.
GBC Lulus: Skrub Badan Terbaik Yang Menjadikan Kulit Lembut Bak Sutera
Selepas menguji pelbagai produk, editor GBC memilih 4 skrub badan terbaik memberi kesan untuk kulit yang licin dan lembut seperti sutera.
The GLAMazing Box, Kejutan Istimewa Sempena Lebaran GLAM Beauty Club X The Body Shop
Bersempena edisi lebaran tahun ini, GLAM Beauty Club berkolaborasi bersama The Body Shop dengan memperkenalkan The GLAMazing Box.