GBC Beauty Radar: Tutorial Mudah GUA SHA Hilang Puffiness Wajah - Glam Beauty Club
?>

GBC Beauty Radar: Tutorial Mudah GUA SHA Hilang Puffiness Wajah

GBC Beauty Radar secara eksklusif bersama jurusolek selebriti Japhet Bong (KF Bong), tampil menunjukkan cara mudah yang boleh dilakuan di rumah menggunakan Gua Sha. 

Apa Itu Gua Sha?

Gua Sha adalah teknik penyembuhan perubatan Tradisional Cina yang telah wujud selama lebih 2,000 tahun dengan sesetengah sejarawan bahkan mengesan amalan ini sejak Zaman Paleolitik, apabila manusia purba menggunakan batu untuk mengurut bahagian tubuh bagi melegakan kesakitan.

Gua Sha untuk wajah adalah salah satu cara paling berkesan untuk mengangkat, membentuk, dan mengkontur wajah dengan hasil yang boleh dilihat dengan segera. Apabila diamalkan secara konsisten dan dilakukan dengan betul, ia merangsang peredaran darah yang lebih baik, mengurangkan bengkak, memperkukuh otot muka, serta melembutkan penampilan garis-garis halus dan meningkatkan keanjalan kulit.

Sebagai seorang artis solek, Japhet Bong amat tertarik kepada gua sha sebagai ritual penyediaan kulit sebelum bersolek apabila kulit sudah tirus, kontur dan berseri, solek boleh diaplikasikan dengan lebih licin dan hasilnya kelihatan lebih cantik dan semula jadi.

Tip Bong, jika berasa sakit saat proses Gua Sha, buat gerakan mulut seperti blow the candle untuk mengurangkan kesakitan

You need to be logged in to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”

Pengarah Kecantikan