GBC Lulus 5 Lip Plumper Buat Bibir Lebih Dan Seksi - Glam Beauty Club
?>

GBC Lulus 5 Lip Plumper Buat Bibir Lebih Dan Seksi

Volume yang instant, hidrasi yang tahan lama dan kilauan cermin, inilah formula terbaik ini buat bibir lebih terilusi tebal dan mungil. GBC Lulus lima yang terbaik.

dior

1. Fenty Beauty Gloss Bomb Heat Universal Lip Luminizer + Plumper

Kalau ada satu produk yang membuktikan Rihanna memahami apa yang wanita mahukan, inilah dia. Gloss Bomb Heat bukan sekadar pengilap bibir biasa, ia mengandungi ginger extract yang memberikan sensasi hangat dan efek plumping yang ketara. Warna-warnanya universal, menepati setiap warna kulit wanita tempatan dengan sempurna. Formulanya ringan, tahan lama, tak berbuku-buku dan memberikan kilauan cermin yang memang screenshot-worthy.

fenty beauty

2. Kylie Cosmetics Plumping Gloss

Plumping Gloss daripada Kylie Cosmetics menggunakan kombinasi cinnamon dan ginger yang bua bibir ‘thatsatisfying tingle’ tanda ia sedang bekerja keras. Bibir terus nampak penuh dan berisi tanpa sebarang injection. Formula hidrasinya pula kaya dengan vitamin E, jadi kau dapat glow yang sihat bukan sekadar kilau semata-mata.

kylie

3. La Mer The Lip Volumizer

The Lip Volumizer mengandungi Miracle Broth™ yang ikonik bersama marine ingredients yang menutrisi bibir dari dalam. Efek plumpingnya lebih subtle tapi cumulative maknanya semakin kerap digunakan, semakin baik hasilnya. Untuk you yang prefer natural-looking fullness tanpa kesan overdone, ini adalah pilihan yang paling refined.

la mer

4. Charlotte Tilbury Big Lip Plumpgasm

Charlotte Tilbury sentiasa tampil dengan koleksi terbaik! Big Lip Plumpgasm adalah buktinya. Ia menggunakan teknologi ProPlump Lamellar yang meningkatkan volume secara signifikan, dilengkapi dengan CollaPlump Complex untuk kelembutan yang bertahan seharian. Warnanya buildable dari sheer hingga bold, perfect untuk you yang nak versatiliti tanpa perlu beli produk yang pelbagai.

charlotte

5. Dior Addict 24H Hydration Plumping Gloss Lip Maximizer

Kalau nak berbicara tentang lip plumper yang telah menjadi standard in the industry, Dior Lip Maximizer adalah jawapannya. Formula iconik ini mengandungi hyaluronic acid berlapis yang mengisi garis-garis halus pada bibir sambil plump it up secara visual. 24 jam hidrasi, ia betul-betul buat bibir dilindungi! Kilauan yang dihasilkan adalah antara yang paling cantik di pasaran, seperti ada cahaya pada permukaan bibir!

dior addict

Artikel berkaitan GBC Lulus: Pelindung Matahari Untuk Bibir Pilihan Editor GBC

Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”

Pengarah Kecantikan