GBC Cuba Tip Solekan Holidaydrama Armani beauty
Armani beauty tampil bersama Holidayrama yang penuh glamor untuk menyemarakkan musim festival dan GBC cuba tip solekan untuk riasan mata memukau dengan sentuhan sinematik yang mempesonakan.
Musim festival terutama di hujung tahun kini tiba dengan penuh kemegahan. Armani beauty melancarkan Holidayrama kempen untuk musim percutian menjanjikan pengalaman merayakan dengan penuh gaya. Dipersembahkan dalam nuansa merah berkilat, biru elektrik dan perak bercahaya, koleksi istimewa ini menangkap esensi festival tanpa henti dengan sentuhan glamor yang memukau. Dalam filem kempen yang dibintangi oleh pelakon Greta Ferro dan model Madisin Rian kedua-duanya Duta Global Armani beauty untuk Holidayrama mencipta suasana festival yang penuh magis!

Armani beauty mengangkat seni memberi hadiah ke tahap yang lebih tinggi dengan palet warna perak, merah, emas dan biru gelap. Daripada wangian ikonik Giorgio Armani iaitu SÌ dan ACQUA DI GIÒ, hinggalah kepada produk solek asas seperti LIP MAGNET dan EYE TINT, serta edisi terhad ADVENT CALENDAR “Holidayrama” menawarkan gabungan sempurna antara produk baharu dan ikon kecantikan yang pasti memuaskan hati setiap individu. Yang lebih mempesonakan, Armani beauty turut menyediakan pilihan pemperibadian buatan tangan yang akan menjadikan hadiah anda lebih bermakna seperti hiasan bekas botol khas dan ukiran nama atau mesej peribadi.
4 Solekan Mata Pilihan GBC
1) The Sparkling Look

Untuk menciptakan pancaran cahaya semula jadi, mulakan dengan LUMINOUS SILK PRIMER, diikuti dengan bedak asas cecair LUMINOUS SILK bagi hasil bercahaya, dan LUMINOUS SILK CONCEALER untuk menyembunyikan sebarang ketidaksempurnaan. Tonjolkan tulang pipi dengan ACQUA HIGHLIGHTER dalam kod warna tiga, kemudian tambahkan sentuhan warna menggunakan LUMINOUS SILK CHEEK TINT SHINE dalam kod warna 50S. Untuk mata, gabungkan tiga warna EYE TINT menghasilkan mata yang berkilauan. Kemudian, serlahkan mata dengan pensel mata SMOOTH SILK dalam kod warna empat dan lentikan bulu mata dengan maskara VERTIGO LIFT. Sempurnakan penampilan dengan LIP POWER SATIN dalam kod warna 400 untuk mencipta bibir merah abadi yang menawan.
2) The Dazzling Look
Kulit semula jadi bersama LUMINOUS SILK PRIMER, diikuti bedak asas cecair LUMINOUS SILK untuk kesempurnaan bercahaya, dan LUMINOUS SILK CONCEALER bagi menyembunyikan sebarang liang pori wajah. Sapukan ACQUA HIGHLIGHTER dalam kod warna 2 untuk menonjolkan kontur muka, kemudian tambah sentuhan warna dengan LUMINOUS SILK CHEEK TINT SHINE dalam kod warna 50S. Untuk mata, gabungkan dua warna EYE TINT iaitu 44S dan 12S bagi mencipta kilauan halus. Serlahkan mata bersama pensel mata SMOOTH SILK dalam kod warna 4 dan lentikkan bulu mata menggunakan maskara VERTIGO LIFT. Lengkapkan penampilan dengan LIP MAESTRO MAGNET dalam kod warna 06 untuk mencipta merah yang sangat berpigmen dengan hasil ultra-matte yang berani.

3) The Magnetic Look
Bermula dengan LUMINOUS SILK PRIMER untuk kanvas kulit yang berseri. Kemudian, sapukan bedak asas cecair LUMINOUS SILK bagi hasil bercahaya, diikuti dengan LUMINOUS SILK CONCEALER untuk menyembunyikan ketidaksempurnaan. Tonjolkan tulang pipi menggunakan ACQUA HIGHLIGHTER dalam kod warna 4. Mata menjadi tumpuan utama untuk penampilan ini. Tonjolkan dengan EYE TINT dalam kod warna 1S, warna perak yang menarik perhatian, kemudian bersama dengan pensel mata SMOOTH SILK dalam warna 4 dan serlahkan bulu mata dengan maskara VERTIGO LIFT. Cipta bibir merah yang berani dan berkilauan menggunakan LIP POWER SATIN dalam kod warna 410, dilengkapi dengan PRISMA GLASS dalam kod warna 6.

4) The Hypnotic Look
Gunakan LUMINOUS SILK PRIMER untuk mencipta kanvas kulit yang bercahaya, kemudian sempurnakan kulit dengan bedak asas cecair LUMINOUS SILK, dan tutup sebarang ketidaksempurnaan dengan LUMINOUS SILK CONCEALER. Tonjolkan kontur muka dengan ACQUA HIGHLIGHTER dalam kod warna 3, kemudian tambahkan rona ke pipi menggunakan LUMINOUS SILK CHEEK TINT SHINE dalam kod warna 62S. Untuk mata, EYE TINT dalam warna hangat bertona merah seperti 44S, 67S, dan 56S bagimencipta pandangan yang menawan. Jangan lupa serlahkan mata dengan pensel mata SMOOTH SILK EYE dalam kod warna 4 dan maskara VERTIGO LIFT. Bibir pilihan rona LIP MAESTRO MAGNET dalam kod warna 561 memperkuatkan penampilan merah yang menggabungkan warna bibir sangat berpigmen dengan yang selesa.

Artikel berkaitan GBC Lulus: Inginkan Solekan Kekal Seharian? Ini 5 Primer Terbaik Untuk 2025
Julia Azman
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”