GBC Lulus 5 Wangian Tahan Lama Cuaca Panas
Memilih wangian tahan lama terutama di musim panas idaman setiap wanita! GBC Lulus 5 wangian terbaik 2026, tahan lama dan yang penting baunya tidak hilang serta-merta!
5 wangian pilihan Editor GBC :
1. Louis Vuitton Les Sables Roses
Dicipta oleh Master Perfumer Jacques Cavallier Belletrud, Les Sables Roses adalah puisi dalam botol. Kesegaran mawar bertemu dengan kedalaman oud yang hangat, disatukan oleh ambergris yang membuai seperti fajar di padang pasir yang mengubah langit menjadi warna merah jambu yang menakjubkan. Untuk pengantin yang ingin meninggalkan kesan abadi.
Nota utama: Centifolia rose absolute, Bulgarian Rose Essence, Oud Wood, Ambergris, Black Pepper dan Saffron

2. Guerlain L’Art & L’Matiere Tulle Eau de Parfum
Terinspirasi daripada gula-gula badam Jordan yang sering diberikan sebagai cenderahati perkahwinan, wangian pertama Guerlain khas untuk pengantin ini memadukan nota manis candy dengan neroli dan white musk yang segar. Ringan, riang, dan romantik seperti gaun tulle yang menari ditiup angin.
Nota utama: Pink pepper, neroli, sugared almond, white musk, vanilla

3. Parfums De Marly Valaya
Kalau anda jenis yang lebih gemar wangian citrus yang bersih dan segar, Valaya adalah jawapannya. Ia mengingatkan pada kain yang baru dibasuh dan padang yang disinari matahari dengan swirl putih peach, bergamot, dan orange blossom yang tahan lama sepanjang hari.
Nota utama: Bergamot, mandarin, white peach, orange blossom, lily-of-the-valley, musk

4. Diptyque Orpheon Eau de Parfum
Bukan semua pengantin mahukan wangian bunga yang konvensional. Untuk anda yang ingin tampil berbeza dan berjiwa bebas, Orpheon dari Diptyque memadukan jasmine yang powdery dengan juniper aromatik dan cedar — hasilnya woody, vintage, dan effortlessly chic.
Nota utama: Juniper, tonka, jasmine, cedar

5. Kilian Love, Don’t Be Shy
Dikhabarkan sebagai wangian signature Rihanna sendiri, Love Don’t Be Shy adalah gabungan marshmallow dan orange blossom yang memabukkan dan meninggalkan jejak wangian yang panjang ke mana sahaja anda melangkah. Ia bukan sekadar wangian ia adalah pernyataan.
Nota utama: Orange blossom, honeysuckle, marshmallow, vanilla

Artikel berkaitan GBC Eksklusif – Tom Ford Meraikan Wangian Black Orchid G-DRAGON & Ji Chang Wook
Julia Azman
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”