Senarai Pemenang TBOB Kategori Prestige Iconic - Glam Beauty Club
?>

Senarai Pemenang TBOB Kategori Prestige Iconic

Dapatkan inspirasi kecantikan mewah dengan senarai pemenang TBOB Prestige Iconic. Terokai produk ‘legend’ pilihan pakar dari SK-II dan Dior Beauty! 

Dunia kecantikan sentiasa bertukar ganti dengan pelbagai inovasi baharu, namun ada sesetengah jenama dan produk yang kekal menjadi pujaan ramai tanpa memakan zaman. Kategori Prestige Iconic dalam anugerah The Best of Beauty mengangkat barisan produk status legend yang bukan sahaja membuktikan prestasi cemerlang, malah terus menjadi impian serta holy grail peminat kecantikan mewah.

Berikut Adalah Barisan Pemenang Yang Berjaya Merangkul Mahkota Dalam Kategori Prestige Iconic

1. BEST ICONIC BRAND HERITAGE

SK-II Facial Treatment Essence

Kehebatan SK-II Facial Treatment Essence bukan sekadar janji kosong, malah dibuktikan dengan transformasi nyata seawal satu minggu sahaja. Sejak hari pertama penggunaan, kulit serta-merta rasa terhidrat dan terasa 21% lebih lembut serta halus bagai sutera. Memasuki hari ketiga, tekstur kulit menjadi 37% lebih licin apabila garis halus dan liang pori kelihatan semakin samar. Kemuncaknya pada hari ketujuh, kulit kelihatan 52% lebih anjal dan padat, disusuli peningkatan keserian wajah secara menyeluruh sebanyak 76%. Hasilnya, wajah tampak lebih muda, berseri, dan sempurna dari segenap sudut.

2. BEST ICONIC CLASSIC FRAGRANCE REFORMULATE

Dior Beauty J’adore Intense

Gubahan haruman gourmand-floral yang menyemarakkan pesona wanita anggun, sensual, dan berkeyakinan tinggi. Pati nektar bunganya tampil lebih padat gabungan bunga Melur berseri nota aprikot, Mawar yang memikat, serta kehangatan Ylang-ylang, disempurnakan lagi dengan nota asas kayu cendana dan vanila yang kaya. Menariknya, botol amfora ikonik ini kini direka 53% lebih ringan, mengagungkan masa depan yang mampan tanpa mengurangkan kemewahan patinya.

Miliki sekurang-kurangnya satu daripada barisan pemenang Prestige Iconic TBOB ini bukan sekadar rutin kecantikan harian, tetapi satu pelaburan untuk keyakinan diri dan gaya hidup mewah. Kualiti, reputasi, dan formulasi berprestasi tinggi menjadikan produk-produk ini layak berdiri sebagai holy grail pilihan pakar dan peminat kecantikan di seluruh Malaysia. 

Syafiqah adalah Pengarang Kecantikan di GLAM Malaysia. Dengan kepakaran dalam penulisan editorial dan pemahaman mendalam tentang dunia kecantikan, Syafiqah memimpin serta menghasilkan kandungan tentang kecantikan dan kesejahteraan, membawakan tip dan panduan untuk kesejahteraan diri dan kecantikan pembaca.

Pengarang Kecantikan