GLAM THE BEST OF BEAUTY 2026: Tanamera Ageless Facial Oil Dinobatkan Best Pre Aging Treatment
Menggabungkan kuasa squalane berasaskan tumbuhan dengan ekstrak mawar dan frankincense, Tanamera Ageless Facial Oil dipilih sebagai pemenang Best Pre Aging Treatment dalam kategori Next Gen Skincare untuk The Best of Beauty Awards 2026.
Penjagaan kulit hari ini bukan lagi sekadar merawat tanda penuaan yang sudah kelihatan, tetapi memberi tumpuan kepada usaha mengekalkan kulit sihat sebelum perubahan tersebut berlaku. Pendekatan inilah yang menjadikan Tanamera Ageless Facial Oil pilihan ahli GLAM Beauty Club, sekali gus meraih gelaran Best Pre Aging Treatment di The Best of Beauty Awards 2026.
Dirumus dengan 100% squalane berasaskan tumbuhan, minyak wajah ini menawarkan hidrasi yang mendalam tanpa meninggalkan rasa berat atau menyumbat liang pori. Teksturnya yang ringan mudah menyerap ke dalam kulit, menjadikannya sesuai digunakan oleh pelbagai jenis kulit termasuk kulit yang mudah berminyak.

Formulanya diperkaya dengan ekstrak mawar dan frankincense yang membantu menenangkan kulit, mengekalkan keseimbangan sebum serta menguatkan skin barrier. Apabila lapisan pelindung kulit berada dalam keadaan optimum, kulit lebih berupaya mengekalkan kelembapan, sekali gus kelihatan lebih licin, anjal dan berseri dari semasa ke semasa.
Sebagai langkah terakhir, Tanamera Ageless Facial Oil membantu mengunci kelembapan agar manfaat serum dan produk sebelumnya dapat dikekalkan dengan lebih berkesan. Ia juga boleh dicampurkan bersama serum untuk penjagaan yang lebih intensif, terutama apabila kulit memerlukan hidrasi tambahan dan efek radiant yang sihat.
Dengan formulasi yang ringkas tetapi berkesan, Tanamera Ageless Facial Oil membuktikan bahawa penjagaan pre aging bermula dengan asas yang paling penting iaitu kulit yang terhidrat dan skin barrier yang kuat. Pendekatan inilah yang menjadikannya pilihan ahli GLAM Beauty Club dan pemenang Best Pre Aging Treatment di The Best of Beauty Awards 2026.
Artikel berkaitan: GLAM BEAUTY CLUB: THE BEST OF BEAUTY AWARD 2026
Syafiqah Alkaf
Syafiqah adalah Pengarang Kecantikan di GLAM Malaysia. Dengan kepakaran dalam penulisan editorial dan pemahaman mendalam tentang dunia kecantikan, Syafiqah memimpin serta menghasilkan kandungan tentang kecantikan dan kesejahteraan, membawakan tip dan panduan untuk kesejahteraan diri dan kecantikan pembaca.