5 Produk Kecantikan Pilihan Editor GBC Bulan April
Bulan April tampil dengan deretan pelancaran produk kecantikan yang bukan sahaja menarik perhatian, tetapi mengubah rutin harian menjadi lebih mewah dan menyeronokkan.
Daripada haruman dalam bentuk balm yang praktikal, solekan bernuansa romantik, hinggalah kepada penjagaan kulit berteknologi tinggi, bulan ini menyaksikan jenama-jenama kecantikan global memperkenalkan inovasi terbaharu yang wajib anda cuba.
Berikut lima produk pilihan Editor GBC
Sol de Janeiro Jelly Perfume Balm
Sol de Janeiro memperkenalkan Jelly Perfume Balm, cara baharu untuk menikmati haruman kegemaran anda.

“Cheirosa” membawa maksud berbau enak dan melambangkan gaya hidup yang ceria serta penuh sensualiti. Konsep ini kini diterjemahkan dalam bentuk balm pewangi inovatif yang direka untuk disapu, dilayer dan dinikmati sepanjang hari.
Diperkaya dengan minyak wangian premium dan diformulasikan tanpa alkohol, tekstur jelly balm ini cair lembut pada kulit sambil memberikan haruman yang pekat dan tahan sehingga 10 jam. Rekaan stick twist-up pula memudahkan penggunaan, bersih dan sesuai untuk touch-up ketika bergerak.
Ia hadir dalam tiga haruman ikonik Sol de Janeiro:
- Cheirosa 62™ – wangian gourmand ceria dengan nota pistachio, salted caramel dan vanilla
- Cheirosa 68™ – floral segar dengan Brazilian jasmine, pink dragonfruit dan ocean air
- Cheirosa 40™ – floral sensual dengan black amber plum, jasmine blooms dan vanilla woods
Setiap stick menawarkan sehingga 1,000 sapuan, menjadikannya teman sempurna buat pencinta haruman yang ingin kekal wangi sepanjang hari.
Charlotte Tilbury Pillow Talk Blush Balm Lip Tint
Charlotte Tilbury sekali lagi mencuri perhatian dengan pelancaran Pillow Talk Blush Balm Lip Tint, produk 3-dalam-1 yang menggabungkan fungsi lipstick, balm dan tint dalam satu formula mewah.
Diinspirasikan oleh rasa euforia cinta pertama dan efek semula jadi lip blush, produk ini memberikan rona lembut dan segar pada bibir serta memastikan kelembapan tahan lama.

Pelancaran ini turut meraikan kemunculan semula Pillow Talk Beauty Soulmates Palette edisi terhad dalam rona Flawless Pink, serta warna baharu Flawless Rosewood, sempurna untuk menghasilkan pipi yang merona dan bibir bak dicium.
Koleksi ini merupakan pilihan ideal untuk mereka yang menggemari solekan feminin, romantik dan effortless, the ultimate soft glam essential.
Floraïku Paris Flying South Eau de Parfum
Rumah haruman kontemporari Floraïku Paris, yang terkenal dengan inspirasi budaya Jepun dan seni penceritaan, memperkenalkan wangian terbaharu mereka yakni Flying South Eau de Parfum.

Setiap haruman Floraïku dicipta seperti sebuah puisi, umpama merakam momen, emosi dan destinasi melalui ramuan halus serta craftsmanship yang teliti. Dengan Flying South, Floraïku membuka bab baharu olfaktori yang diinspirasikan oleh penghijrahan tenang ke Selatan Jepun.
Wangian ini membangkitkan suasana musim panas yang abadi lagi hangat, terang dan lembut pada kulit.
Komposisinya bermula dengan kesegaran makuwa melon, berkembang dengan nota bunga raya yang mekar, sebelum meninggalkan jejak lembut musk yang sensual dan berkekalan.
Omorovicza Acid Milk
Jika kulit kusam menjadi isu utama anda, Omorovicza Acid Milk mungkin jawapannya.

Tonic leave-on bertekstur susu ini mengandungi gabungan empat jenis asid eksfoliasi yang terbukti secara klinikal mampu meningkatkan seri kulit sebanyak 71% selepas satu penggunaan.
Formulanya diseimbangkan dengan ceramides yang menenangkan serta teknologi eksklusif jenama ini, Healing Concentrate™, untuk membantu meratakan tekstur kulit, mencerahkan dan memperhalusi pori tanpa menyebabkan iritasi.
Hasilnya? Kulit tampak lebih sihat, licin dan glowing dengan mempunyai “healthy joyful glow” yang menjadi idaman ramai.
Fenty Beauty Shake ‘N Play Buildable Liquid Blush
Fenty Beauty Shake ‘N Play Buildable Liquid Blush direka khas untuk wanita moden yang sentiasa sibuk tetapi tetap mahu tampil segar.
Konsepnya mudah: shake, dot & blend.

Formula buildable ini membolehkan anda mencipta rona lembut atau warna bold mengikut citarasa, dengan kemasan transfer-proof sehingga 12 jam. Ia juga diperkaya dengan bahan penjagaan kulit untuk memastikan kulit kekal lembap sehingga 16 jam tanpa rasa tidak selesa.
- Bow Peep – pink untuk tona cerah ke sederhana
- Fiya Papaya – coral untuk tona cerah ke medium-deep
- Wild Berry Whip – rose mauve kegemaran Rihanna
- Quit Wine In – plum wine untuk medium ke deep
- Violet Vice$ – blackberry untuk medium ke deep
Reka bentuk aplikatornya yang diinspirasikan daripada marker pen zaman kanak-kanak memberi sentuhan nostalgia dan bagi memastikan aplikasi lebih tepat dan foolproof.
Wangian yang memikat, solekan yang inovatif, serta penjagaan kulit berteknologi baharu menjadikan bulan April ini satu refleksi jelas bahawa dunia kecantikan terus berkembang dengan idea yang lebih segar dan praktikal.
Lima produk pilihan Editor GBC ini bukan sahaja menjanjikan prestasi, tetapi juga bakal membawa sentuhan glamor dalam rutin kecantikan anda
Artikel berkaitan: 5 Produk Kegemaran Editor GBC Sepanjang Mac
Syafiqah Alkaf
Syafiqah adalah Pengarang Kecantikan di GLAM Malaysia. Dengan kepakaran dalam penulisan editorial dan pemahaman mendalam tentang dunia kecantikan, Syafiqah memimpin serta menghasilkan kandungan tentang kecantikan dan kesejahteraan, membawakan tip dan panduan untuk kesejahteraan diri dan kecantikan pembaca.