Editor GBC Cuba Bahan Tretinoin Untuk Cegah Jerawat, Ternyata Berhasil! - Glam Beauty Club
?>

Editor GBC Cuba Bahan Tretinoin Untuk Cegah Jerawat, Ternyata Berhasil!

Kalau anda seorang skincare enthusiast, Tretinoin pasti anda tahu kewujudannya!  Ia adalah bahan yang para dermatologi gelar sebagai gold standard  penanda aras tertinggi dalam dunia rawatan kulit.

Tapi sebelum anda tergesa-gesa mencarinya di farmasi, ada satu perkara penting yang perlu anda tahu: tretinoin hanya boleh didapati melalui preskripsi doktor. Jadi, adakah ia benar-benar berbaloi dengan semua prosesnya? Editor GBC Cuba dan ternyata berbaloi!

Tretinoin

Apa Sebenarnya Tretinoin Itu?

Tretinoin bahan generik di sebalik nama jenama Retin-A  adalah retinoid kekuatan preskripsi yang digunakan secara topikal untuk merawat jerawat dan tanda-tanda penuaan. Dermatologi Estee Williams dari New York menjelaskan bahawa retinoid adalah istilah umum untuk pelbagai bentuk vitamin A, dengan tretinoin dan retinol sebagai dua contohnya. Setiap satu berbeza dari segi struktur kimia dan reseptor sel yang diikat  justeru kesan dan kesan sampingannya juga berbeza.

Ringkasnya, tretinoin adalah versi yang jauh lebih poten berbanding retinol yang biasa dijual bebas. Malah, ia dianggarkan kira-kira 20 kali lebih kuat daripada retinol biasa angka yang cukup untuk menjelaskan mengapa ia memerlukan preskripsi.

Ingat ya Tretinoin tidak sesuai untuk wanita hamil, wanita menyusukan anak dan kulit rosacea. Sewaktu memakainya, elak guna bersama Benzoyl peroxide, Glycolic Acid dan Astringen

You need to be logged in to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”

Pengarah Kecantikan