5 Produk Yang Berpotensi Menjadi Kegemaran Baharu Pilihan GBC - Glam Beauty Club
?>

5 Produk Yang Berpotensi Menjadi Kegemaran Baharu Pilihan GBC

Sebagai editor kecantikan, antara perkara yang paling menyeronokkan adalah melihat apa yang bakal dilancarkan sebelum ia berada di pasaran.

Dan ya, kadangkala saya sudah mula merancang produk mana yang ingin dicuba walaupun belum sempat melihatnya secara fizikal.

Bulan ini, lima produk ini berjaya mencuri perhatian saya.

Kosas Impressionist Multistick

Produk multi guna bukan sesuatu yang baharu, tetapi Kosas Impressionist Multistick mengambil pendekatan yang lebih artistik.

Produk kecantikan baharu

Dicipta untuk digunakan pada pipi dan bibir, formula bertekstur krim ini mudah meluncur pada kulit sebelum menyatu untuk menghasilkan rona yang kelihatan semula jadi. Apa yang membuatkan kami tertarik ialah pilihan warnanya yang diinspirasikan daripada tona kulit dan warna semula jadi manusia, menjadikannya lebih mudah dipakai merentasi pelbagai tona kulit.

Nuance (rose beige), Intuition (muted pink) dan Vibration (guava pink) sehinggalah kepada Muse (mauve rose), Vital (toasted papaya), Surreal (chocolate berry) dan Ripe (rich berry), setiap rona direka untuk menyerlahkan warna semula jadi

Dengan janji hidrasi, efek kulit yang lebih licin serta kemasan yang kelihatan seperti rona semula jadi dari dalam kulit, ini mungkin menjadi produk yang akan sentiasa berada dalam beg solekan.

Prada Touch Blush

Prada semakin serius dalam kategori solekan dan Prada Touch menjadi antara pelancaran yang paling mencuri perhatian tahun ini, terutamanya selepas digunakan oleh Bella Hadid, sekali gus menarik perhatian peminat kecantikan di seluruh dunia.

Produk kecantikan baharu

Blush krim ke bedak ini hadir dalam format yang praktikal dan mudah dibawa ke mana mana. Teksturnya mencair pada kulit sebelum berubah menjadi kemasan yang lebih lembut dan sekata.

Apa yang menarik, ia direka untuk digunakan secara intuitif. Sama ada anda mahukan rona yang lembut atau lebih menyerlah, formula ini boleh dibina mengikut kesesuaian tanpa kelihatan berlebihan. Dengan lapan pilihan warna, Prada Touch digambarkan sebagai produk yang mampu menyempurnakan setiap mood dan gaya solekan.

Kosas Lip Pulse Glassy Lip Plumper Gloss

Lip plumper bukan lagi perkara baharu, tetapi Lip Pulse Glassy Lip Plumper Gloss menjanjikan sesuatu yang sedikit berbeza.

Produk kecantikan baharu

Formula ini menggabungkan sensasi hangat dan sejuk secara serentak untuk memberikan efek bibir yang kelihatan lebih penuh dengan kemasan berkilat seperti kaca. Menariknya, ia dikatakan tidak menyebakan rasa pedih yang melampau seperti sesetengah lip plumper lain.

Diperkaya dengan gabungan ekstrak cili, halia dan bahan penyejuk, produk ini membantu memberikan ilusi bibir yang lebih penuh sambil mengekalkan kelembapan. Dengan enam pilihan rona yang boleh dipakai setiap hari, ia antara produk yang paling membuatkan kami ingin melihat sendiri hasilnya.

Dior Forever Velvet Veil

Kulit yang kelihatan sempurna tanpa rasa berat sentiasa menjadi matlamat ramai, dan Dior Forever Velvet Veil nampaknya direka khusus untuk tujuan itu.

Produk kecantikan baharu

Primer baharu daripada Dior ini bukan sekadar asas solekan biasa. Ia menggabungkan fungsi serum, krim, primer dan perlindungan harian dalam satu formula yang sama.

Selain membantu mengurangkan penampilan liang pori dan mengawal kilap, ia turut mengekalkan kelembapan kulit tanpa membuatkan wajah kelihatan kusam. Jika ia benar-benar mampu memberikan efek kulit yang licin seperti yang dijanjikan, produk ini berpotensi menjadi salah satu pelancaran complexion paling menarik tahun ini!

Elemis Pro-Collagen Body Duo

Kategori penjagaan badan semakin berkembang dan Pro-Collagen Body Cleansing Balm adalah bukti bahawa rutin mandi kini menjadi lebih daripada sekadar langkah membersihkan kulit.

Produk kecantikan baharu

Diinspirasikan daripada Pro-Collagen Cleansing Balm yang ikonik, pencuci badan ini hadir dengan tekstur unik yang berubah daripada balm kepada susu sebelum menghasilkan buih yang lembut.

Apa yang membuatkan kami tertarik ialah fokusnya terhadap penjagaan skin barrier serta hidrasi jangka panjang. Dengan gabungan minyak botani British dan campuran sembilan minyak pati termasuk lavender, chamomile dan eucalyptus, umpama memberikan pengalaman mandian yang terasa seperti menikmati spa di rumah.

Menariknya, Elemis turut memperluaskan rangkaian ini dengan Pro-Collagen Marine Body Cream, krim badan yang diinspirasikan daripada Marine Cream ikonik mereka. Direka untuk membantu meningkatkan keanjalan kulit sambil memberikan hidrasi yang berpanjangan, ia kelihatan seperti pasangan yang ideal untuk melengkapkan ritual mandian yang lebih memanjakan.

Artikel berkaitan: Catatan Editor GBC: Perjalanan Menghadapi Jerawat Dewasa

Syafiqah adalah Pengarang Kecantikan di GLAM Malaysia. Dengan kepakaran dalam penulisan editorial dan pemahaman mendalam tentang dunia kecantikan, Syafiqah memimpin serta menghasilkan kandungan tentang kecantikan dan kesejahteraan, membawakan tip dan panduan untuk kesejahteraan diri dan kecantikan pembaca.

Pengarang Kecantikan