Dior Archives - Glam Beauty Club
?>

Christian Dior Parfums baru sahaja mengumumkan Lingling Kwong sebagai duta La Collection Privée untuk Thailand dan honestly, we love this pairing!

Kalau anda mengikuti dunia hiburan Thailand, nama Lingling bukan sesuatu yang asing. Dia semakin dikenali sebagai pelakon dan model yang kariernya sedang naik dengan cukup konsisten. Dari drama ke kempen fesyen, langkahnya tersusun dan semakin kukuh. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dia berjaya membina pengaruh yang besar di Asia, lengkap dengan kehadiran digital yang kuat dan fanbase yang setia. Pendek kata, dia memang sedang berada di fasa yang sangat exciting dalam kerjayanya.

Gerakan cantik di Malaysia kini heboh mengenai spa di dalam keretapi mewah! Datin Elvina individu pertama yang menikmati pengalaman eksklusif Dior Spa.

Dior Spa bekerjasama dengan Eastern & Oriental Express menerusi keretapi Belmond menjelajahi serata Asia Tenggara, antara Singapura dan Malaysia sambil menerima rawatan spa terbaik. Megah mengunjungi ke Asia Tenggara pada 22 Jun 2024, Dior Spa bersama Eastern & Oriental Express memberi pengalaman yang unik dengan pemandangan yang indah. Keretapi ini akan melintasi keajaiban Asia Tenggara, di antara Singapura dan Malaysia. Pemandangan panorama yang luar biasa seperti hutan hujan tropika, sawah, laut jernih serta kuil-kuil nenek moyang dahulu akan menemani anda.