GLAM THE BEST OF BEAUTY 2026: CHANEL Le Rouge Duo Ultra Tenue Dinobatkan Best Lip Color
Gabungan warna tahan lama dan kilauan berimpak tinggi menjadikan CHANEL Le Rouge Duo Ultra Tenue pilihan utama ahli GLAM Beauty Club, sekali gus meraih gelaran Best Lip Color dalam kategori Hybrid Makeup di The Best of Beauty Awards 2026.
Gincu yang cantik bukan sekadar tentang warna, tetapi juga prestasi. Tahun ini, CHANEL Le Rouge Duo Ultra Tenuemembuktikan kedua duanya mampu hadir dalam satu produk apabila dinobatkan sebagai Best Lip Color di The Best of Beauty Awards 2026.
Direka dalam format dua hujung, Le Rouge Duo Ultra Tenue menggabungkan gincu cecair berpigmen tinggi dengan lapisan gloss lutsinar yang memberikan kemasan berkilau bak cermin. Hasilnya ialah bibir yang menyerlah dengan warna yang sekata, sambil mengekalkan kilauan yang elegan tanpa rasa melekit.
Apa yang benar benar membezakan produk ini ialah formulanya yang tahan lasak. Gincu cecair matte pada satu hujung menawarkan warna kalis air dan tahan pindah sehingga 16 jam, membolehkan solekan bibir kekal kemas tanpa mudah pudar atau merebak ke garisan bibir. Aplikatornya turut direka untuk mengikuti bentuk bibir dengan lebih tepat, menjadikan setiap sapuan lebih mudah dan kemas.
Lapisan gloss pada hujung satu lagi pula memberikan dimensi yang lebih segar dengan kemasan ultra berkilau, sambil memastikan bibir kekal lembut dan selesa sehingga lapan jam. Kombinasi ini membolehkan pemakai menikmati intensiti warna matte tanpa perlu mengorbankan keselesaan atau efek bibir yang lebih penuh dan berseri.
Menggabungkan inovasi, prestasi dan kemewahan dalam satu produk, CHANEL Le Rouge Duo Ultra Tenuemembuktikan bahawa solekan hibrid mampu memenuhi keperluan gaya hidup moden. Tidak hairanlah ia menjadi pilihan ahli GLAM Beauty Club dan dinobatkan sebagai Best Lip Color di The Best of Beauty Awards 2026.
Artikel berkaitan: GLAM BEAUTY CLUB: THE BEST OF BEAUTY AWARD 2026
Syafiqah Alkaf
Syafiqah adalah Pengarang Kecantikan di GLAM Malaysia. Dengan kepakaran dalam penulisan editorial dan pemahaman mendalam tentang dunia kecantikan, Syafiqah memimpin serta menghasilkan kandungan tentang kecantikan dan kesejahteraan, membawakan tip dan panduan untuk kesejahteraan diri dan kecantikan pembaca.