GLAM THE BEST OF BEAUTY 2026: Louis Vuitton Ambre Levant Dinobatkan Best Eau de Parfum - Glam Beauty Club
?>

GLAM THE BEST OF BEAUTY 2026: Louis Vuitton Ambre Levant Dinobatkan Best Eau de Parfum

Haruman amber dan oud yang kaya karakter ini berjaya memikat hati ahli GLAM Beauty Club, sekali gus membawa pulang gelaran Best Eau de Parfum dalam kategori Fragrance Forward di The Best of Beauty Awards 2026.

Dalam dunia wangian, ada haruman yang sekadar meninggalkan jejak dan ada juga yang mampu mencipta pengalaman. Tahun ini, Louis Vuitton Ambre Levant dipilih sebagai pemenang Best Eau de Parfum di The Best of Beauty Awards 2026, membuktikan bahawa komposisinya yang sofistikated berjaya menawan hati para pencinta haruman.

Louis Vuitton launches new fragrances Ambre Levant

Dicipta oleh Master Perfumer Jacques Cavallier Belletrud, Ambre Levant meraikan keindahan saat golden hour, ketika cahaya matahari berubah menjadi rona keemasan sebelum senja. Inspirasi ini diterjemahkan ke dalam haruman yang hangat, sensual dan penuh dimensi, menggabungkan tradisi perfumery Timur Tengah dengan pendekatan moden yang lebih halus.

Keistimewaan Ambre Levant terletak pada gabungan dua bahan ikonik iaitu amber dan oud. Wangian ini dibuka dengan kesegaran mandarin yang berjus sebelum berkembang kepada lapisan rempah seperti buah pelaga, kayu manis, lada putih dan sentuhan saffron yang memberikan kehangatan. Di bahagian tengah, resin amber, white incense dan ambergris mencipta karakter yang kaya, manakala oud eksklusif memberikan kedalaman yang elegan serta meninggalkan kesan yang berpanjangan pada kulit.

Lebih daripada sekadar nota mewah, oud yang digunakan turut membawa nilai warisan. Louis Vuitton mendapatkan bekalan oud ini menerusi kerjasama eksklusif bersama sebuah keluarga di Sylhet, Bangladesh yang telah mewarisi kepakaran menghasilkan oud selama lebih 200 tahun. Setiap pokok dibiarkan matang selama beberapa dekad bagi menghasilkan resin dengan kualiti terbaik, sekali gus menjadikan bahan ini antara yang paling bernilai dalam dunia wangian.

Rekaan flakonnya turut mencerminkan inspirasi haruman ini. Botol ikonik Louis Vuitton hadir dalam rona amber yang mendalam, seolah olah memerangkap cahaya keemasan senja di dalam kaca. Ia juga boleh diisi semula di butik Louis Vuitton terpilih, selari dengan komitmen jenama terhadap kemewahan yang lebih lestari.

Sebagai sentuhan peribadi, Louis Vuitton turut menawarkan perkhidmatan personalisasi secara percuma, membolehkan flakon diukir dengan huruf inisial pemilik untuk menjadikannya lebih istimewa.

Memiliki keseimbangan antara kesegaran sitrus, kehangatan rempah, kemewahan amber dan kehalusan oud, tidak hairanlah Louis Vuitton Ambre Levant muncul sebagai pilihan utama ahli GLAM Beauty Club.

Haruman ini bukan sekadar melengkapkan gaya, malah meninggalkan impresi yang sukar dilupakan, menjadikannya pemenang yang selayaknya bagi gelaran Best Eau de Parfum di The Best of Beauty Awards 2026.

Artikel berkaitan: GLAM BEAUTY CLUB: THE BEST OF BEAUTY AWARD 2026

Syafiqah adalah Pengarang Kecantikan di GLAM Malaysia. Dengan kepakaran dalam penulisan editorial dan pemahaman mendalam tentang dunia kecantikan, Syafiqah memimpin serta menghasilkan kandungan tentang kecantikan dan kesejahteraan, membawakan tip dan panduan untuk kesejahteraan diri dan kecantikan pembaca.

Pengarang Kecantikan