GBC Beauty Radar Archives - Page 7 of 14 - Glam Beauty Club
?>

Skincare sekarang bukan lagi sekadar ikut trend. Ia tentang pilihan yang bijak, konsisten dan sesuai dengan keperluan kulit sendiri. Sebab itu kami tertarik dengan langkah terbaharu Drunk Elephant yang memperkenalkan arah tuju jenama yang lebih evolve menerusi kempen “Please Enjoy Responsibly”. Dilancarkan di New York pada Januari 2026, kempen ini membawa mesej yang cukup jelas: skincare works better when done with intention. Dalam erti kata lain, bukan semua bahan aktif perlu disapu serentak dan bukan semua rutin sesuai untuk semua orang. Drunk Elephant mahu pengguna moisturize, brighten, glow, exfoliate dan hydrate secara bertanggungjawab. Sebagai jenama yang terkenal dengan pendekatan “skin-first”, Drunk Elephant kekal dengan prinsip formulasi tanpa bahan yang boleh menjadi punca masalah kulit biasa atau mengganggu keberkesanan produk lain. Fokus mereka? Tahap bahan aktif yang efektif dan disokong sains untuk hasil yang benar-benar boleh dilihat dan bukan sekadar janji pemasaran.

Christian Dior Parfums baru sahaja mengumumkan Lingling Kwong sebagai duta La Collection Privée untuk Thailand dan honestly, we love this pairing!

Kalau anda mengikuti dunia hiburan Thailand, nama Lingling bukan sesuatu yang asing. Dia semakin dikenali sebagai pelakon dan model yang kariernya sedang naik dengan cukup konsisten. Dari drama ke kempen fesyen, langkahnya tersusun dan semakin kukuh. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dia berjaya membina pengaruh yang besar di Asia, lengkap dengan kehadiran digital yang kuat dan fanbase yang setia. Pendek kata, dia memang sedang berada di fasa yang sangat exciting dalam kerjayanya.

Tangan yang kering dan sensitif memerlukan penjagaan istimewa. Dengan kerap mencuci tangan, pendedahan kepada persekitaran yang keras, dan faktor cuaca, kulit tangan mudah menjadi kering. Memilih krim tangan yang sesuai adalah kunci untuk mengekalkan tangan yang lembut dan sihat, terutamanya bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif. Menurut pakar dermatologi, krim tangan yang baik harus mengandungi bahan-bahan seperti humectants (glycerin dan hyaluronic acid) yang menarik kelembapan, emollients (shea butter dan minyak almond) yang melembutkan kulit, occlusives (dimethicone) yang mengunci kelembapan, serta ceramides yang menguatkan penghalang kulit. Untuk kulit sensitif, adalah penting untuk mengelakkan krim tangan yang mengandungi pewangi buatan, paraben, atau asid yang boleh menyebabkan kerengsaan. Krim Tangan

Setting spray telah menjadi produk wajib dalam rutin mekap wanita. Produk ajaib ini berfungsi untuk mengunci makeup anda supaya tahan lebih lama, memberikan kesan segar, dan melindungi wajah daripada minyak berlebihan. Dengan cuaca panas dan lembap di Malaysia, memilih setting spray yang sesuai adalah kunci solekan flawless sepanjang hari.

5 Setting Spray Pilihan GBC:

1. Urban Decay All Nighter Long-Lasting Makeup Setting Spray

Urban Decay All Nighter kekal menjadi pilihan utama ramai makeup enthusiast di seluruh dunia. Setting spray ini terkenal dengan formula yang mampu mengunci makeup sehingga 16 jam tanpa terasa berat atau melekit pada kulit. Urban Decay

Jika anda diberi peluang memilih hanya satu produk solek untuk digunakan sepanjang hayat, apakah pilihan anda? Tanpa ragu-ragu, pilihan GBC pasti maskara. Ia adalah produk kecantikan paling transformatif yang pernah wujud. Ia adalah produk kecantikan paling transformatif yang pernah wujud. Mendefinisikan bulu mata anda memberikan hasil yang benar-benar membuka mata, menjadikannya kelihatan lebih besar dan bersinar. Berdasarkan soalan-soalan yang sering ditanya kepada Editor GBC, memilih maskara yang tepat adalah soalan paling kerap! Mencadangkan maskara terbaik bukanlah satu tugas yang mudah. Tidak wujud maskara yang sesuai untuk semua orang, jadi prestasi maskara sering membahagikan pendapat. Kuncinya adalah untuk mengenalpasti keperluan bulu mata anda, adakah anda mencari volum, panjang, lentikan, atau sesuatu yang lain? Apa jua keperluan anda, anda akan menemui cadangan yang sesuai di sini. Mascara

Ini 5 pilihan Editor GBC setelah berbulan mencuba...