GBC Dedah Foundation Yang Merawat Kulit, Bukan Sekadar Menutup Cela - Glam Beauty Club
?>

GBC Dedah Foundation Yang Merawat Kulit, Bukan Sekadar Menutup Cela

Selama ini, foundation mempunyai satu tugas utama, iaitu menjadikan kulit kelihatan lebih sekata, licin dan sempurna. Namun, semakin banyak formula baharu mula mengaburkan sempadan antara solekan dan penjagaan kulit.

Terbaharu, REVITALESSENCE Skin Glow Foundation daripada Shiseido hadir dengan pendekatan yang berbeza. Bukan sekadar memberikan litupan dan kesan kulit glowing, formulanya turut diperkaya bahan aktif penjagaan kulit yang membantu memperbaiki penampilan kulit dari masa ke masa.

Foundation Dengan Kuasa Skincare

Apa yang membuatkan REVITALESSENCE menarik ialah formulanya menggabungkan Fermented Kefir+ dan Niacinamide, dua bahan yang sudah lama dikenali dalam dunia penjagaan kulit.

Fermented Kefir+ membantu menyokong mikrobiom kulit, manakala niacinamide membantu memperbaiki penampilan tekstur dan tona kulit. Digabungkan dalam foundation, kedua dua bahan ini menjadikan rutin solekan terasa lebih dekat dengan ritual skincare.

Shiseido turut menggunakan Skincare-First Texture Technology, iaitu teknologi yang merangkumi bahan solekan dalam tekstur skincare essence. Dengan pendekatan ini, ramuan penjagaan kulit dapat meresap terlebih dahulu, sebelum pigmen solekan membantu menyempurnakan penampilan kulit.

Kulit Lebih Cantik & Sihat

Sudah tentu, foundation tetap perlu memberikan hasil yang cantik sebaik sahaja disapu.

REVITALESSENCE menawarkan litupan sederhana yang membantu meratakan tona, mengaburkan penampilan pori dan memberikan kemasan bercahaya semula jadi. Teksturnya pula ringan dan selesa dipakai, dengan ketahanan sehingga 12 jam serta SPF30 PA+++.

Namun, daya tarik utamanya terletak pada apa yang berlaku selepas solekan ditanggalkan.

Dengan penggunaan berterusan, formula ini dikatakan membantu menjadikan kulit tanpa solekan kelihatan lebih licin, cerah dan halus, sementara penampilan pori serta garis halus menjadi kurang ketara. Kulit juga terasa lebih kuat dan berdaya tahan.

Ini bermakna foundation tidak lagi hanya memainkan peranan sebagai produk untuk menyamarkan apa yang kita tidak mahu kelihatan. Ia turut mengambil pendekatan untuk menyokong keadaan kulit yang lebih baik.

REVITALESSENCE membawa manfaat skincare ke dalam solekan, sambil memastikan pengalaman memakai foundation kekal selesa, ringan dan menyenangkan.

REVITALESSENCE SKIN GLOW Foundation, 130

Kemasan Skincare-Active Glow memberikan kesan kulit sihat dan glowing tanpa membuat kulit tampak terlalu berkilat. Tahap hidrasi kulit pula dikekalkan sehingga 24 jam, menjadikan kulit kelihatan segar lebih lama.

Dengan 30 pilihan rona, foundation ini direka untuk disesuaikan dengan pelbagai tona kulit dan semua jenis kulit. Ia juga telah diuji secara dermatologi dan dirumuskan sebagai non-comedogenic.

Adakah Foundation Kini Sebahagian Daripada Skincare?

Mungkin belum tiba masanya untuk menggantikan serum dengan foundation. Namun, perkembangan seperti REVITALESSENCE menunjukkan bagaimana kategori makeup semakin berkembang.

Hari ini, kita tidak lagi hanya mencari foundation yang mampu menyamarkan cela. Kita mahukan tekstur yang selesa, kemasan yang cantik, perlindungan matahari dan, jika boleh, formula yang turut menyokong keadaan kulit.

REVITALESSENCE mengambil semua perkara itu dan meletakkannya dalam satu langkah solekan.

Artikel berkaitan: GBC Lulus: Tiga Langkah Untuk Kulit Lebih Seimbang

Syafiqah adalah Pengarang Kecantikan di GLAM Malaysia. Dengan kepakaran dalam penulisan editorial dan pemahaman mendalam tentang dunia kecantikan, Syafiqah memimpin serta menghasilkan kandungan tentang kecantikan dan kesejahteraan, membawakan tip dan panduan untuk kesejahteraan diri dan kecantikan pembaca.

Pengarang Kecantikan