Semak Senarai Penuh Pemenang TBOB Dalam Kategori Hybrid Makeup - Glam Beauty Club
?>

Semak Senarai Penuh Pemenang TBOB Dalam Kategori Hybrid Makeup

Mencari solekan yang merawat kulit? Ketahui 10 produk Hybrid Makeup terbaik yang meragut takhta kecantikan di anugerah TBOB tahun ini.  

Gabungan penjagaan kulit dan kemasan solekan impian kini bukan lagi sekadar trend, malah menjadi standard baharu dalam regimen kecantikan harian. Anugerah The Best of Beauty merai inovasi hybrid makeup yang bukan sahaja mencantikkan paras rupa, malah merawat kulit secara berterusan. Secara asasnya, hybrid makeup ialah kategori produk kecantikan yang melakukan dua atau lebih tugas dalam satu masa kelihatan seperti solekan di luar, tetapi bekerja secara aktif merawat kulit dari dalam. Ia memadam batas antara bersiap untuk tampil cantik dan menjaga kesihatan kulit anda.

Semak senarai penuh produk pemenang yang wajib ada dalam vanity bag anda untuk kemasan flawless setiap hari!

1. Best Skin Tint with Skincare Benefits

DECORTÉ UV Comfort Tone Up CC SPF50+/PA++++ 

Bukan sekadar skin tint biasa, penawaran daripada DECORTÉ ini dikuasakan oleh teknologi parameter keterlarutan asli yang mengimbangi serbuk litupan, minyak, dan ejen pembaur secara merata untuk memberikan kemasan jernih, anjal, dan berseri sehingga 24 jam. Biarpun menawarkan perlindungan spektrum tertinggi SPF50+/PA++++ daripada sinar UV dan pencemaran persekitaran seperti debunga dan debu, teksturnya kekal seringan produk penjagaan kulit langsung tidak melekit atau mengeringkan. Malah, formula Adapt Hydro-Stay Filler di dalamnya bertindak mengunci kelembapan optimum, menjadikan kulit kekal terhidrat, kenyal, dan bersinar sepanjang hari.

2. Best Serum Foundation

Armani Beauty Luminous Silk Foundation 

Ikonik dan kekal menjadi kegemaran jurusolek profesional. Formula berasaskan teknologi Micro-fil ini menyatu sempurna pada kulit, memberikan kemasan silky berkilau bagaikan kulit kedua tanpa rasa berat. Foundation bertekstur sutera yang ringan ini berkeupayaan menyamarkan cela dan menghaluskan permukaan kulit seketika memberikan litupan medium buildable, kelembapan 24 jam, serta kemasan berseri semula jadi. Kini diperbaharui dengan 18 tona baharu yang merangkumi pelbagai intensity dan undertone kulit termasuk olive, formulanya turut diperkaya dengan Niacinamide yang terbukti secara klinikal mampu meratakan tona, membaiki tekstur, dan meningkatkan seri wajah seawal 14 hari. Sifatnya yang non-comedogenic, mesra kulit sensitif dan berjerawat, serta kalis pemindahan memastikan warna kekal tepat sepanjang hari tanpa menyumbat pori.

3. Best Cushion Compact – Flawless Finish

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish 

Pilihan utama untuk kesan solekan halus bagaikan filtered. Ia menyamarkan garis halus dan pori seketika, mengekalkan kemasan matte yang semula jadi tanpa kelihatan kekeringan. Bedak mikrofos yang diakui secara global ini menjadi pilihan nombor satu di UK dan US atas keupayaannya mencipta kemasan soft-focus dan airbrush yang sempurna seketika. Formulanya dilengkapi magis penyamaran pori dan pelembut tekstur yang memudarkan cela serta mengawal kilauan minyak tanpa kelihatan tebal. Selain memberikan impak wajah lebih cerah dan halus bersari, bedak compact ini mengekalkan kelembapan semula jadi kulit agar kelihatan flawless dan poreless sepanjang hari.

4. Best Cream – Liquid Multi-Use Stick

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Concealer

Stik serba guna yang memudahkan rutin touch-up. Berfungsi menyamarkan cela, lingkaran hitam, serta meratakan tona kulit dengan formula berkrim yang mudah dibaurkan. Penyegar kawasan mata dan penutup cela impian ini membawakan magis kesan airbrush ikonik dalam bentuk full-coverage concealer yang tahan sehingga 24 jam tanpa creasing. Diadun khas dengan tekstur elastik yang lentur dan mengikut pergerakan wajah, ia menyamarkan lingkaran hitam, cela, sembap, serta tona tidak merata tanpa kelihatan tebal (cakey) atau mengeringkan. Formulanya yang teramat melembapkan ini tidak akan mendap pada garis senyuman atau pori, membolehkan wajah tampak halus, poreless, dan flawless sepanjang hari.

5. Best Makeup Remover Balm-to-Oil

Shu Uemura Brightening Cleansing Oil 

Pembersih berprestasi tinggi yang melarutkan solekan kalis air dan kotoran degil secara lembut. Selepas dibersihkan, kulit terasa lebih bersih, segar, dan berseri tanpa meninggalkan rasa melekit. Pembersih berprestasi tinggi ini direka khas untuk melarutkan solekan dan kotoran secara mendalam tanpa merosakkan skin barrier, malah cukup lembut untuk kulit sensitif mahupun selepas prosedur kecantikan. Dikuasakan oleh Moisture-Barrier Cleansing Technology bersama Lumi-Barrier Complex iaitu adunan bahan penapaian beras Jepun, bifidus, dan terbitan Vitamin C. Ia bukan sahaja membersihkan cela secara menyeluruh, malah mengunci kelembapan agar kulit kelihatan lebih bersih, cerah berseri, dan dilindungi sepenuhnya.

6. Best Long-Wear Transfer-Proof Base

Dior Beauty Forever Foundation 

Direka khas untuk bertahan sehingga 24 jam. Rumusan kalis pemindahan ini diperkaya dengan ekstrak floral untuk menjaga kelembapan kulit di samping mengekalkan litupan sempurna sepanjang hari. Ikon base makeup daripada Dior ini memberikan litupan sempurna yang bertahan sehingga 24 jam tanpa perlu diretouch. Diadun khas untuk memberikan keselesaan optimum pada wajah, ia hadir dalam pilihan kemasan matte mahupun glow yang membelai kulit sambil meratakan tona secara semula jadi. Formula kalis pemindahan (transfer-proof) yang diperkaya dengan kebaikan penjagaan kulit ini mengekalkan kelembapan, menjadikan kompleksion wajah tampak segar, halus, dan flawless sepanjang hari dari pentas peragaan ke kehidupan seharian.

7. Best Eyes Waterproof Everything

YSL Beauty Lash Latex 

Waterproof Maskara berprestasi tinggi yang memberikan impak bulu mata lebih tebal, panjang, dan lentik. Formulanya yang kalis air serta peluh memastikan penampilan mata kekal dramatik tanpa comot. Maskara berprestasi tinggi ini membawakan impak lentikan dan kepanjangan dramatik yang bertahan sehingga 24 jam. Dikuasakan oleh formula form fitting hitam pekat yang diperkaya dengan holding waxes, ia memanjangkan dan mengunci posisi setiap helai bulu mata tanpa comot. Berus eksklusif Lash Sculpting dengan 496 micro bristles pula memastikan setiap bulu mata disisir sempurna dari akar ke hujung untuk volume bersiri tanpa gumpalan. Tambahan pula, sifatnya yang kalis peluh dan comot menjadikannya workout proof serta kekal utuh sepanjang hari.

8. Best Multi-Dimensional Eye Product

Anastasia Beverly Hills Shadow Stick 

Pembayang mata berbentuk stik yang sangat pigmen dan berdimensi tinggi. Mudah dioles dan dibaurkan, sesuai untuk ciptaan solekan mata kasual harian mahupun gaya smokey malam. Mencipta gaya solekan mata ikonik kini hanya mengambil masa beberapa saat sahaja dengan pembayang mata stik serba praktikal ini. Formulanya yang berkrim dan mudah dibaurkan meluncur mulus pada kelopak mata, memberikan warna berpigmen tinggi daripada kemasan semula jadi untuk gaya harian hingga ke impak bold glam. Berprestasi tinggi sehingga 12 jam, ia kalis comot, tahan air, dan tidak merekah, menjadikannya pilihan mudah yang menyerlahkan lagi keindahan setiap warna mata tanpa sebarang comot.

9. Best Cream Blush – Highlighter

Laura Mercier Blush Color 

Infusion Pemerah pipi dengan tekstur halus yang memberikan warna berseri semula jadi. Boleh dilaras mengikut kepekatan yang diingini, ia menyatu indah pada pipi untuk kemasan flushed yang segar. Pemerah pipi bertekstur talc free yang unik dan berkrim ini disuntik dengan encapsulated ceramides serta serbuk penyamar untuk memberikan rupa pipi berseri semula jadi yang tahan sehingga 16 jam. Formulanya gabungan pigmen matte dan bercahaya yang menghaluskan tekstur kulit sambil membolehkan warna dibina secara berperingkat daripada litupan sheer yang lembut hingga ke rupa yang lebih menawan. Kalis peluh, tidak mudah pudar, dan tidak meninggalkan garisan, ia menyatu sempurna pada kulit untuk seri wajah yang kekal segar dan bermaya sepanjang hari.

10. Best Lip Color

CHANEL Le Rouge Duo Ultra Tenue 

Gancuan warna bibir dwi-hujung yang menawarkan pigmen tahan lama berserta gloss bercahaya. Memberikan warna pekat yang tidak mudah luntur walaupun selepas makan dan minum. Gancuan gincu cecair dan gloss dwi-hujung ini menawarkan kombinasi warna pekat berpigmen tinggi bersama kemasan berkilat seumpama cermin. Dwi-fungsi yang pintar, satu bahagian memberikan gincu cecair matte kalis pemindahan yang bertahan sehingga 16 jam tanpa memudar atau bergaris, manakala bahagian satu lagi dilengkapkan dengan clear gloss yang langsung tidak melekit untuk mengekalkan kelembutan dan keselesaan bibir. Tahan air dan transfer-proof, ia memastikan warna bibir anda kekal tepat, menawan, dan berseri sepanjang hari.

Rangkaian pemenang TBOB kali ini membuktikan bahawa keindahan solekan dan kesihatan kulit boleh bergerak seiring. Yang mana satu bakal menjadi holy grail baharu anda?

Syafiqah adalah Pengarang Kecantikan di GLAM Malaysia. Dengan kepakaran dalam penulisan editorial dan pemahaman mendalam tentang dunia kecantikan, Syafiqah memimpin serta menghasilkan kandungan tentang kecantikan dan kesejahteraan, membawakan tip dan panduan untuk kesejahteraan diri dan kecantikan pembaca.

Pengarang Kecantikan