TBOB Mendedahkan Kurasi Next-Gen Skincare Terbaik Yang Wajib Anda Miliki
Temui kurasi Next-Gen Skincare paling berkesan daripada pemenang TBOB pilihan GBC untuk mentransformasikan kesihatan dan seri semula jadi kulit anda.
Dalam lambakan inovasi, trend tular di media sosial, dan kemunculan pelbagai produk baharu saban minggu, memilih rejimen penjagaan kulit yang benar-benar berkesan sering kali menjadi satu cabaran yang mengelirukan. Namun, di sebalik deretan formulasi yang membanjiri pasaran, hanya sebilangan kecil produk ikonik yang berupaya membuktikan kehebatannya menerusi perubahan nyata mengubah tekstur, mengukuhkan kesihatan benteng kulit, dan mengembalikan seri semula jadi wajah secara mendalam.
Daripada pemulihan mikrobiom hingga ke rawatan antipenuaan selular yang mewah, berikut merupakan 12 pemenang utama kurasi kecantikan terbaik pilihan GBC:
- BEST BARRIER-REPAIR SERUM
Lancôme Génifique Ultimate Serum Dual-Repair Serum

Membawakan revolusi terbaharu dalam sains pemulihan kulit, serum berskala pintar ini dikuasakan oleh teknologi yang dipatenkan, Beta Glucan-CM. Terinspirasi daripada bahan aktif gred perubatan yang terkenal dengan keupayaannya mempercepatkan pemulihan sel, ia kemudiannya diadun mesra bersama Asid Hialuronik, ekstrak likoris (licorice), serta fraksi pre & probiotik ikonik Lancôme. Hasilnya? Satu solusi pemulihan dwifungsi yang bekerja dari dalam untuk meredakan kemerahan, memudarkan garisan halus, dan melicinkan tekstur kasar. Hanya dalam masa satu minggu, ia berupaya membaik pulih kerosakan skin barrier secara ketara sekali gus mentransformasikan kualiti kulit secara keseluruhan menjadikannya pelaburan wajib untuk wujud di atas meja solek anda!
- BEST ANTI-BLEMISH SERUM
Caudalie Vinopure Serum

Bukan sekadar merawat jerawat sedia ada, serum ini dirumus khas untuk mencegah kemunculan semula pelbagai jenis cela. Dikuasakan oleh Asid Salisilik (BHA) semula jadi, ia meresap jauh ke dalam pori untuk mengurangkan cela secara ketara, merapatkan tekstur pori yang terbuka, serta melicinkan permukaan kulit yang kasar. Istimewanya, formulasi ini turut diperkayakan dengan Gluconolactone (PHA) yang bertindak lembut memperkukuh benteng kulit (skin barrier). Ia memberi ruang untuk kulit sembuh secara semula jadi tanpa kesan kerengsangan, sekali gus memberikan hasil kulit yang kekal jernih, sihat, dan bebas cela untuk jangka masa panjang.
- BEST SKIN LONGEVITY SERUM
La Prairie Skin Caviar Liquid Lift

Serum ikonik ini dikuasakan oleh gabungan eksklusif bahan caviar serta Exclusive Cellular Complex™ bagi mengembalikan struktur keutuhan kulit awet muda. Kehadiran Caviar Micro-Nutrients bertindak merangsang laluan tenaga utama untuk menyokong metabolisme kulit terus dari sumber asalnya. Gabungan berkuasa Caviar Premier dan Caviar Absolute pula bekerja menyemai semula struktur dalaman kulit, memberikan kesan lifting serta firming yang nyata dan bertahan lama.
- BEST PEPTIDE POWERHOUSE
The Ordinary Multi-Peptide + HA Serum

Serum ini merupakan formulasi komprehensif penentang penuaan awalan yang menggabungkan pelbagai teknologi canggih untuk menangani tanda-tanda awal penuaan, terutamanya garisan halus serta kehilangan keanjalan kulit. Percampuran mantap lima teknologi peptida terbukti secara klinikal iaitu SYN™-AKE, Matrixyl™ synthe’6™, Matrixyl™ 3000, ARGIRELOX™, dan Acetylarginyltryptophyl Diphenylglycine disatukan bersama himpunan asid amino serta kompleks Asid Hialuronik pelbagai saiz molekul.
- BEST BRIGHTENING / BEST VITAMIN C SERUM
Sulwhasoo Lumiwise Brightening Serum

Mencerahkan tona kulit tidak sekata, memudarkan bintik hitam, dan memberikan serlah kilauan semula jadi khas tradisi kecantikan Korea.
- BEST RECOVERY SKINCARE
Estée Lauder Advanced Night Repair Serum

Serum khusus untuk wajah dan leher ini dikuasakan oleh Night Peptide eksklusif yang meresap pantas ke dalam lapisan kulit bagi merangsang proses pembaruan sel secara mendalam. Ia terbukti secara nyata mengurangkan pelbagai tanda penuaan, di samping membekalkan perlindungan antioksidan berterusan selama 8 jam untuk menentang radikal bebas.
- BEST HYDRATING ESSENCE / TONER
Lancôme Génifique Lotion

Langkah pertama penting untuk menghidratkan kulit secara mendalam, merapatkan pori, dan menyediakan permukaan kulit untuk menyerap produk seterusnya dengan optimum. Formula cecair berskala supercharged ini dikuasakan oleh teknologi eksklusif Beta Glucan-CM yang terbukti mempercepatkan pembaruan sel kulit. Ia diperhebatkan lagi dengan gabungan bahan berprestasi tinggi seperti Pro-Xylane, Adenosine, serta kombinasi Asid Hialuronik pelbagai saiz molekul. Sinergi ini bekerja pantas meredakan kerengsangan dan sensitiviti, menghidrat secara mendalam, serta melicinkan tekstur kulit yang kasar.
- BEST EYE TREATMENT
Peter Thomas Roth Instant Firm Eye

Rawatan mata berprestasi tinggi yang memberikan kesan menegangkan kawasan bawah mata (under-eye) dengan serta-merta, mengurangkan lingkaran hitam dan sembab.
- BEST FACE CREAM
Tatcha The Dewy Skin Cream

Pelembap kaya antioksidan dan beras Jepun yang memberi kelembapan mendalam (plumping hydration) untuk kemasan kulit bercahaya (dewy finish). Krim bertekstur kaya dan padat ini membekalkan kelembapan serta-merta sehingga tiga kali ganda, mengembalikan kesan dewy glow yang penuh keanjalan pada kulit. Bukan sekadar menghidrat, formulasi decadence ini terbukti mengukuhkan fungsi benteng kulit bagi mengunci kelembapan sepanjang hari, sekali gus memudarkan garisan halus secara ketara.
- BEST PRE-AGING TREATMENT
SK-II SKINPOWER Re-New Cream

Krim pencegah penuaan awalan yang mengekalkan keanjalan dan mengukuhkan struktur kulit agar kekal awet muda dan halus. Teras kepada kehebatan krim ini terletak pada keajaiban bahan eksklusif SK-II yang terhasil daripada proses fermentasi rahsia strain yis unik. Formulasi pintar ini meresap jauh ke dalam lapisan epidermis untuk menguatkan struktur dalaman kulit, terutamanya pada kawasan kritikal yang mudah kendur seperti tulang pipi, garisan senyum, dan sudut bibir. Ia bertindak melicinkan tekstur kasar, mengukuhkan ketegangan, dan mengembalikan keanjalan semula jadi wajah dari dalam. Kesannya, kulit tampil lebih padat, halus, dan sentiasa kelihatan muda berkeyakinan!
- BEST SKIN-FRIENDLY FACE WASH
Innisfree Vitamin C Mask-To-Foam

Pembersih serbaguna yang boleh digunakan sebagai topeng pembersih ringkas atau buih pembersih harian untuk menanggalkan kotoran sambil mencerahkan kulit. Formulasi 2-in-1 ini boleh digunakan sebagai topeng pembersih ringkas mahupun buih pembersih harian. Ia bertindak mengeksfoliasi kulit secara lembut tanpa merosakkan benteng kelembapan semula jadi, sekali gus menanggalkan kotoran dan sel kulit mati yang menyumbat pori.
- BEST MINERAL SUNSCREEN SPF 50+
Supergoop! Unseen Sunscreen

Perlindungan matahari kualiti tertinggi yang tidak meninggalkan kesan putih, bertekstur ringan dan memberikan kemasan velvet finish yang sesuai dijadikan sebagai asas solekan. Istimewanya, pelindung matahari 100% telus, tanpa wangi-wangian, dan bertekstur gel sepotong kapas ini direka khusus agar breathable serta amat selesa pada kulit. Kini diformulasikan agar non-acnegenic, ia sangat mesra kulit berjerawat dan sensitif tanpa memicu kerengsangan. Bukan sekadar memberikan perlindungan spektrum luas SPF 50 yang dipertingkatkan tanpa sebarang kesan putih, formulasi pintar ini terbukti secara klinikal mampu meningkatkan kejernihan kulit!
Syafiqah Alkaf
Syafiqah adalah Pengarang Kecantikan di GLAM Malaysia. Dengan kepakaran dalam penulisan editorial dan pemahaman mendalam tentang dunia kecantikan, Syafiqah memimpin serta menghasilkan kandungan tentang kecantikan dan kesejahteraan, membawakan tip dan panduan untuk kesejahteraan diri dan kecantikan pembaca.