GBC Lulus: Tiga Langkah Untuk Kulit Lebih Seimbang - Glam Beauty Club
?>

GBC Lulus: Tiga Langkah Untuk Kulit Lebih Seimbang

Apabila bercakap tentang kulit berminyak atau mudah berjerawat, ramai menganggap penyelesaiannya hanyalah mencuci wajah dengan lebih kerap atau menggunakan produk yang mengeringkan kulit.

Hakikatnya, kulit yang sihat bergantung kepada satu perkara, iaitu keseimbangan.

Berinspirasikan falsafah penjagaan kulit Jepun, rutin tiga langkah ini bukan sekadar memberi hidrasi, malah membantu membersihkan pori, menguatkan skin barrier dan mengekalkan keseimbangan kulit, sesuatu yang amat penting dalam cuaca panas dan lembap seperti di Malaysia.

Langkah pertama Untuk kulit yang lebih sihat

The Matcha Foam Cleanse

Dalam falsafah kecantikan Jepun, proses mencuci wajah bukan sekadar membersihkan kulit, tetapi menyediakan asas yang sempurna untuk langkah penjagaan seterusnya.

The Matcha Foam Cleanse menggunakan ekstrak matcha gred istiadat dari Kyoto bersama green clay dan prebiotik untuk membersihkan pori secara menyeluruh tanpa membuatkan kulit terasa tegang.

Lebih menarik, formulanya turut membantu mengekalkan keseimbangan mikrobiom kulit, faktor yang semakin mendapat perhatian dalam dunia penjagaan kulit kerana kaitannya dengan kulit sensitif dan mudah berjerawat.

Pelembap ringan dengan hidrasi berpanjangan

Serum selalunya memberi tumpuan kepada kedutan atau keanjalan kulit. Namun The Longevity Serum mengambil pendekatan yang sedikit berbeza.

The Longevity Serum

Ia dibangunkan berasaskan penyelidikan tentang cellular resilience, iaitu keupayaan sel kulit untuk kekal kuat apabila berdepan tekanan daripada pencemaran, sinaran UV dan proses penuaan.

Di sebalik formulanya ialah Okinawa Cellescence Complex, gabungan tumbuhan warisan Okinawa yang diinspirasikan daripada konsep nuchi gusui, falsafah masyarakat Jepun yang mengaitkan pemakanan dan gaya hidup dengan umur yang panjang serta kesihatan yang baik.

Serum ini juga memberi tumpuan kepada sel yang mengalami penuaan atau senescent cells, yang dikaitkan dengan proses inflammaging, iaitu keradangan tahap rendah yang boleh mempercepatkan tanda penuaan kulit.

Pelembap yang menghidrat tanpa rasa berminyak

The Water Cream Full Size

Bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak, mencari pelembap yang selesa dipakai sering menjadi cabaran.

The Water Cream menawarkan tekstur gel yang ringan dengan sensasi water burst sebaik disapu pada kulit. Walaupun bebas minyak, formulanya membantu mengunci kelembapan, memperbaiki skin barrier dan membuatkan pori kelihatan lebih halus.

Ia membuktikan bahawa pelembap untuk kulit berminyak tidak semestinya perlu terasa ringan sehingga mengorbankan hidrasi.

Rutin lengkap untuk kulit lebih sihat

Apa yang membezakan Matcha Glow Ritual daripada rutin penjagaan kulit biasa ialah pendekatannya yang menyeluruh.

Setiap langkah mempunyai fungsi yang saling melengkapi. Pencuci membantu membersihkan dan mengimbangi kulit, serum menyokong keupayaan semula jadi kulit untuk kekal kuat, manakala pelembap memastikan hidrasi dikekalkan tanpa rasa berminyak.

Daripada hanya mengejar kulit yang lebih cerah atau licin, Tatcha memilih untuk memberi fokus kepada kesihatan kulit dalam jangka panjang.

Bagi mereka yang mahukan rutin yang ringkas tetapi lengkap, Matcha Glow Ritual menawarkan pendekatan yang menggabungkan sains moden dengan falsafah kecantikan Jepun, menjadikan kulit terasa lebih bersih, seimbang dan sihat dari hari ke hari.

Artikel berkaitan: GBC Tanya Saintis Clé de Peau Beauté Tentang Konsep ‘Recovery’ yang Mengubah Penjagaan Kulit

Syafiqah adalah Pengarang Kecantikan di GLAM Malaysia. Dengan kepakaran dalam penulisan editorial dan pemahaman mendalam tentang dunia kecantikan, Syafiqah memimpin serta menghasilkan kandungan tentang kecantikan dan kesejahteraan, membawakan tip dan panduan untuk kesejahteraan diri dan kecantikan pembaca.

Pengarang Kecantikan