Gincu Merah Siren Kembali Trending?
?>
Merah Siren Kembali Trending Atau Always Evergreen?

Merah Siren Kembali Trending Atau Always Evergreen?

Bibir merah tidak pernah hilang dari radar, namun saban tahun ia sentiasa diberi nafas baru, baik dari segi rona, tekstur dan teknik olesannya.

Secara global gincu merah sememangnya sering mendapat perhatian sepanjang musim. Namun dalam trend kecantikan tempatan, rona bold seperti merah atau burgundy hanya sering digayakan tatkala adanya majlis-majlis tertentu. Menurut Jurusolek Profesional, Khir Khalid, bibir yang merah mungil dipadankan dengan kanvas yang polos sentiasa menghasilkan look yang ikonik. Ia evergreen, trend ini bagai tidak akan lapuk ditelan zaman. 

Walau bagaimanapun bibir merah atau bold lips memang kembali menghiasi lembaran trend cantik 2026, tetapi interpretasinya kini sedikit berbeza daripada bibir merah klasik yang kemas dan terbentuk. Boleh dilihat merah crimson, merah cili dan burgundy muncul di pentas peragaan musim Luruh/Sejuk 2026. Penampilan crimson lips sebagai salah satu trend utama selepas dihidangkan di pertunjukan Proenza Schouler, Michael Kors dan Christian Siriano. 

Evolusi Gincu Merah

Giorgio Armani Lip Maestro Matte Nature

 

Ada trend kecantikan yang datang untuk seketika sebelum digantikan oleh sesuatu yang baharu, contohnya gincu fuchsia. Hadir ke majlis-majlis tertentu pada tahun awal 2010 dengan olesan gincu hot pink bagaikan satu statement andalah watak utama. Namun sehingga kini, ia tidak berjaya membuat comeback. Berbeza dengan gincu merah, daripada rona crimson yang klasik kepada burgundy yang lebih dramatik, bibir merah telah menjadi sebahagian daripada sejarah kecantikan selama beberapa dekad. Ia hadir dalam pelbagai era, merentas generasi dan terus menemukan tempatnya dalam dunia fesyen serta kecantikan.

Jadi, adakah bibir merah dan bold kembali menjadi trend pada 2026? Jawapannya lebih menarik daripada sekadar ya atau tidak. Kembali mungkin tidak berapa tepat, tetapi berevolusi. Gincu merah mungkin tidak pernah meninggalkan arena cantik, tetapi setiap era mempunyai interpretasinya sendiri.

Ada satu momen bibir merah hadir dengan kemasan pusam yang sempurna, garisan bibir yang begitu tajam dan aura Hollywood klasik. Kemudian datang era nude lips, penuh kilauan dan warna-warna my lips but better. Kini, bibir merah kem

bali mendapat perhatian sebagai satu lagi statement cantik khususnya apabila rona merah crimson, merah ceri dan merah gelap muncul dalam pelbagai interpretasi fesyen dan solekan.

Bezanya? Ia tidak lagi perlu kelihatan terlalu sempurna. Untuk 2026, bibir merah hadir dengan gaya yang lebih santai dan moden. Merah Crimson kekal sebagai pilihan klasik buat mereka yang mahukan penampilan polished, manakala merah ceri memberikan efek yang lebih segar dan muda. Burgundy dan merah gelap pula membawa sishttp://bibir merahi yang lebih sensual dan sofistikated. 

Teknik Aplikasi Mainkan Peranan 

Merah Siren Kembali Trending Atau Always Evergreen?

Gambar: Getty Images

Kemasan juga memainkan peranan besar. Daripada kemasan pusam yang intens kepada vinyl gloss, satin dan teknik blurred lips, rona merah kini boleh diterjemahkan mengikut mood dan personaliti. Malah, bibir yang sengaja dibiarkan sedikit kabur di bahagian garisan bibir memberikan efek lebih effortless berbanding aplikasi yang terlalu precise. Dalam erti kata lain, bibir merah tidak lagi mempunyai satu gaya sahaja. Satu lagi perkara yang menjadikan bibir merah terasa lebih relevan hari ini ialah cara ia digandingkan dengan keseluruhan wajah.

Daripada solekan mata yang sarat dan kontur yang berat, pendekatan semasa lebih cenderung membiarkan satu elemen menjadi fokus utama. Kulit kelihatan segar dan natural. Kening lebih lembut dan cukup sekadar dikemaskan dengan gel. Mata mungkin hanya disempurnakan dengan maskara. Kemudian hadir satu sapuan merah pada bibir dan keseluruhan wajah terus berubah. Inilah daya tarikan gincu merah yang sebenar. Ia tidak memerlukan terlalu banyak sokongan. 

Di Malaysia, pendekatan terhadap bibir merah juga boleh diterjemahkan dengan lebih fleksibel. Cuaca yang panas dan lembap menjadikan tekstur serta keselesaan sesuatu yang perlu dipertimbangkan, justeru kemasan yang lebih ringan, satin atau glossy boleh memberikan alternatif kepada gincu pusam. 

Untuk penampilan siang, ceri atau merah hangat boleh memberikan sedikit warna tanpa kelihatan terlalu dramatik. Untuk acara malam pula, rona crimson, delima atau burgundy mampu mengubah keseluruhan mood dengan hanya satu produk. Dan mungkin itulah sebabnya bibir merah terus relevan ia boleh menjadi klasik, moden, sensual, minimal atau berani, bergantung kepada cara ia digayakan. Gincu merah tidak memerlukan status “trend” untuk kekal relevan. Ia sememangnya satu trend yang ikonik. Apa yang berubah hanyalah tekstur, rona, kemasan dan cara kita menghidupkannya.

Evergreen & Ikonik!

Merah Siren Kembali Trending Atau Always Evergreen?

Chanel Rouge Allure Luminous Intense Lip Colour

Seperti kata Jurusolek Selebriti, Tiar Zainal gincu merah memang evergreen. “Gincu merah adalah rona pertama digunakan dari zaman kuno lagi. Bagi saya lipstik merah boleh jadi sebagai penyelamat kalau kita bare face. Gincu merah juga ada banyak maksudnya. Boleh memberi look yang seksi, menggoda, boleh juga jadi innocent dan garang. Terpulang kepada bagaimana kita carry that color & how kita complete the look dgn baju, gaya rambut atau tudung. Namun masih ramai yang tidak berani untuk menggayakan gincu merah kerana tidak memahami warna itu dengan betul, termasuk ton merah bagaimana yang serasi dengan kulit mereka,” jelas Tiar Zainal.

Gambar: Getty Images, Yanina Couture Haute Couture Week Spring/Summer 2026