Jelly Blush, Adakah Hanya Gimik? Will it Stay or Go?
Sedar atau tidak, kita sebenarnya hidup di dalam a fast paced world. Trend datang dan pergi dalam sekelip mata, begitu jugalah dunia kecantikan yang sentiasa dibanjiri produk-produk untuk menjadi obsesi terbaharu, baik dari segi tekstur, bentuk atau formula.
Jelly blush menjadi antara trend solekan yang menarik perhatian dalam lapangan kecantikan 2026, khususnya kerana ia mengubah cara kita melihat tekstur dan kemasan blush. Fokusnya bukan sekadar warna pipi, tetapi tekstur produk yang kenyal, lembut dan memberikan efek kulit segar seakan-akan mempunyai rona semula jadi.
GBC menjawab 5 persoalan dan segala yang anda perlu tahu mengenai Jelly Blush, jom mula!
1. Apa Sebenarnya Jelly Blush?

Jelly blush adalah pemerah pipi yang mempunyai tekstur seperti gel atau jeli. Sesetengah formulanya mempunyai tekstur kenyal dan sedikit anjal apabila disentuh, manakala yang lain lebih berair seperti gel tint.
Apabila disapu pada kulit, ia memberikan:
- Sheer colour payoff: Warna yang lebih lut sinar dan boleh dibina secara berperingkat.
- Dewy finish: Kemasan lembap dan segar tanpa kelihatan terlalu tebal.
- Skin-like flush: Rona pipi yang kelihatan seolah-olah datang daripada warna semula jadi kulit.
- Lightweight texture: Tidak memberikan rasa berat seperti sesetengah formula krim atau powder blush.
Trend ini turut berkait dengan fenomena texture-first beauty, iaitu pengguna semakin tertarik kepada pengalaman tekstur produk selain keberkesanannya.
2. Apa Beza Jelly Blush Dengan Blusher Lain?
1. Jelly blush
Tekstur kenyal atau gel, kemasan segar dan warna lut sinar. Sesuai untuk solekan minimalis dan dewy.
2. Cream blush
Lebih berkrim dan emolien, mudah dibaurkan dengan jari. Biasanya memberikan kemasan satin atau dewy.
3. Liquid blush
Formula cecair yang boleh mempunyai pigmentasi tinggi. Sesetengahnya cepat meresap dan
4. Powder blush
Tekstur serbuk dengan kemasan matte, satin atau shimmer. Mudah dikawal menggunakan berus.
3. Siapa Yang Perkenalkan Jelly Blush?
-Milk Makeup Cooling Water Jelly Tint

Antara produk paling sinonim dengan fenomena jelly blush. Mempunyai tekstur gel penyejuk dalam bentuk stick dengan warna yang boleh dibina.
-Makeup by Mario, Jelly-inspired makeup

Antara jenama yang meneroka tekstur jelly dalam kategori solekan dengan pendekatan lebih moden.
-Chanel Les Beiges Water-Fresh Blush

Bukan jelly blush dalam tekstur tetapi formula serum berair dengan mikro-titisan pigmen yang memberikan kesan segar dan lut sinar.
4. Cara Pemakaian Jelly Blush?
- Pastikan kulit sudah dilembapkan dengan baik.
- Ambil sedikit produk menggunakan jari.
- Tepuk perlahan pada bahagian apple of the cheeks.
- Baurkan segera menggunakan gerakan menepuk.
- Tambah lapisan nipis jika mahukan warna yang lebih menyerlah.
Tip editor: Jangan terus menyapu terlalu banyak produk. Sesetengah jelly tint mempunyai kesan stain dan boleh mengering dengan cepat. Blend terus pada satu bahagian pipi dahulu sebelum beralih ke bahagian sebelah.
5. Mengapa Ia Trending?
Menurut laporan Cosmetics Business pada Mac 2026, carian Pinterest untuk jelly blush meningkat lebih 130%. Trend ini turut didorong oleh minat terhadap produk yang menawarkan pengalaman sensori, tekstur menarik dan hasil solekan yang mudah dicapai.
Apa yang boleh difikirkan, apakah penghasilan sesuatu produk diberi kelainan dari segi tekstur hanyalah gimik semata? Dengan konsumer yang semakin dahagakan kelainan, maka terhasillah kepelbagaian tekstur dan bentuk, namun hasilnya adakah tetap sama atau ada kelainan?
Walau bagaimanapun, selepas beberapa tahun didominasi matte, full coverage dan complexion yang kelihatan sempurna, pengguna kini semakin terbuka kepada solekan yang memperlihatkan tekstur kulit sebenar. Jelly blush mencerminkan perubahan tersebut.
Artikel berkaitan: Apa Yang Istimewa Dengan Kempen Still Making Each Other Blush? Ini Jawapannya